Nur Hawadah   Mohd Subhi  
Pemprosesan elektroseramik CaCu3Ti4O12 (CCTO) dengan kaedah lazim dan gelombang mikro
			   <description>Bahan elektroseramik CaCu3Ti4O12 (CCTO) telah dihasilkan menggunakan kaedah tindak balas keadaan pepejal dengan menggunakan 3 jenis bahan mentah iaitu Ca(OH)2, TiO2 dan CuO. Kajian ini merangkumi semua aspek pencirian bagi sifat-sifat CCTO yang disediakan dengan menggunakan kaedah lazim iaitu pengkalsinan dan pensinteran menggunakan relau pembakaran dan pensinteran dengan gelombang mikro. Kajian juga dilakukan terhadap CCTO yang didop SiO2. Bahan mentah ditimbang mengikut nisbah stoikiometri untuk menghasilkan CCTO tulen. Bagi penyediaan CCTO yang didop pula, SiO2 telah ditambahkan ke dalam campuran stoikiometri CCTO tulen dengan peratusan nisbah mol yang berbeza iaitu 1 %, 2 % , 3 %, 5 %, dan 10 %. Proses pencampuran dilakukan dengan menggunakan kaedah pengisaran bebola selama 1 jam. Campuran serbuk dikalsin pada suhu 900 °C selama 12 jam menggunakan relau. Serbuk yang telah dikalsin dibentuk menjadi pelet bergaris pusat dan 16 mm. Tekanan yang dikenakan adalah 520 MPa. Seterusnya pelet disinter pada suhu 1050 ºC selama 24 jam. Setelah itu, ujian ketumpatan pukal dan keliangan ketara dilakukan ke atas sampel yang telah disinter. Analisis SEM, EDX, dan analisis sifat dielektrik juga telah dilakukan untuk mengkaji mikrostruktur, kandungan kimia bahan, dan pemalar dielektrik serta lesapannya. Daripada analisis SEM didapati bahawa saiz butiran semakin mengecil dengan penambahan peratus mol bahan dop(SiO2). Pengkalsinan dan pensinteran juga dilakukan dengan menggunakan gelombang mikro. Analisis SEM dan EDX juga dilakukan untuk mengkaji mikrostruktur, kandungan bahan kimia dan pemalar dielektrik dan lesapannya. Nilai lesapan dielektrik adalah rendah bagi sampel yang dikalsin dan disinter menggunakan gelombang mikro jika bagi sampel yang dihasilkan menggunakan gelombang mikro tetapi keputusan sebaliknya diperolehi bagi sampel yang dihasilkan menggunakan relau pembakaran. dibandingkan dengan sampel yang dikalsin dan disinter dengan relau pembakaran. Tetapi malangnya nilai pemalar dielektriknya juga adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan sampel yang dihasilkan menggunakan relau pembakaran. Nilai pemalar dielektrik semakin meningkat dengan pertambahan peratus mol SiO2
The electroceramic of CaCu3Ti4O12 (CCTO) was prepared by solid state reaction method using three main raw materials of Ca(OH)2, TiO2 and CuO powders. This study was focused in characterization of CCTO properties by conventional and microwave sintering techniques. Besides, its also study about the characterization of SiO2 doped CCTO. The raw materials were weighted according to stoichiometric ratios to form pure CCTO. For doped CCTO, SiO2 was added with mol percentage ratio of 1 %, 2 %, 3 %, 5 %, and 10 %. The mixed powders were ball milled for 1 hour. The mixed powder was calcined at temperature of 900 ºC with soaking time of 12 hours by using furnace. The calcined powder then pressure of 520 MPa to the pellet form. CCTO pellet were sintered at 1050 ºC for 24 hours. Microstructure, chemical composition, dielectric constant, and dielectric loss obtained by SEM, EDX analysis and dielectric properties measurement. SEM images shows that grain size becomes smaller for increasing the mol percent of doped material. Calcined and sintered CCTO also produced by using microwave energy. SEM and EDX analysis also was done to the sample to obtain the microstructure, chemical composition. The dielectric constant test was done to measure dielectric constant, and dielectric loss. The dielectric loss is lower when calcinations and sintered using microwave rather than using furnace. Unfortunately the dielectric constant is also low if it is compared with the samples that processed by furnace. Based on my studies, the dielectric constant values should be increasing with the addition of SiO2 added for the sample made using the furnace method but the result obtained was the other way around. 