Bakhtiar Baharin
Penubuhan satu organisasi untuk mengawal selia syarikat kontraktor binaan di bidang kerja mekanikal dengan menggunakan kaedah-kaedah ISO 9000
yang menelan belanja mencecah berbelion-bilion ringgit. Sekiranya tiada usaha untuk
mengawal selia kualiti projek-projek ini, ia boleh memberi kesan buruk kepada imej
negara di mata masyarakat dunia dan kegagalan kontraktor tempatan dalam perniagaan.
Pengurusan yang cekap dan jaminan kualiti pembinaan amat penting dalam pelaburan
oleh pihak pelanggan. Pengurusan yang mengikut standard antarabangsa perlu
dilaksanakan bagi mencerminkan sistem pengurusan kualiti yang perlu diamalkan oleh
pihak kontraktor tempatan. Kontraktor-kontraktor yang mempunyai sistem pengurusan
kualiti dalam pembinaan mudah mendapat peluang-peluang projek pembinaan di dalam
dan di luar negara. Pihak klien sekarang memandang tinggi kepada kontraktor-kontraktor
yang mempunyai sistem pengurusan yang boleh menjamin bangunan yang dibina
mengikut spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan, kecepatan pembinaan dan jaminan
terhadap mutu bangunan tersebut.
Penggunaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 dalam pembinaan merupakan
keadah pengurusan yang standard dan didokumentasikan. Dalam Perlaksanaan Projek
Tahun Akhir ini perlaksanaan sistem pengurusan kualiti akan diberikan diberi tumpuan
kepada penyeliaan kualiti kontraktor binaan di bidang mekanikal. Memandangkan
penyeliaan kerja-kerja mekanikal di sektor pembinaan masih belum ada sistem
pengurusan kualiti maka saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem tersebut
dalam pembinaan khususnya dalam bidang kerja mekanikal.
Harapan saya Sistem Pengurusan kualiti ini akan dapat diguna pakai oleh kontraktor
Mekanikal atau Pengurus Projek dalam melaksanakan penyeliaan projek pembinaan
mereka.