Tujuan tesis ini adalah untuk mereka bentuk, menganalisis dan membina pemegang
enjin yang boleh dilaraskan untuk helikopter muatan ringan. Pelaras enjin ini mesti
berupaya untuk menyokong beban enjin ROTAX 582 UL DCDI dan sistem kotak gear
enjin yang secara keseluruhan adalah kira-kira 70 kg. Pelaras enjin ini direka bentuk
supaya ia mampu bergerak pada paksi sisi dan membujur. Projek ini menggunakan
konsep Pengalihan Berat (WSC) yang biasanya digunakan untuk pesawat ringan. Walau
bagaimanapun, daripada mengawal berat juruterbang untuk mengawal pesawat, pelaras
enjin ini dikawal dengan mengalihkan kedudukan enjin. Simulasi analisis dilaksanakan
menggunakan perisian SOLIDWORK. Analisis ini dijalankan untuk melihat sama ada
struktur pelaras enjin boleh menyokong beban yang dikenakan atau gagal melaksanakan
kawalan seperti yang dimahukan. Kaedah analisis pengiran juga diaplikasikan dalam
tesis ini untuk membandingkan dan mengesahkan struktur secara manual dengan
keputusan analisis dari simulasi. Apabila membandingkan analisis dan kaedah analisis
simulasi, tekanan pelaras enjin mempunyai perbezaan peratusan sebanyak 2.19%.
Dalam proses pembinaan pelaras enjin, semua bahan dan peralatan dalam reka model
boleh diperoleh di bengkel Aeroangkasa. Tesis ini menyediakan kaedah terperinci dalam
membina pelaras enjin bagi helikopter muatan ringan bermula dari konsep reka bentuk
hingga ke pembuatan struktur pelaras enjin.
_______________________________________________________________________________________________________
The purpose of this thesis is to design, analyze and fabricate an adjustable engine mount
for an ultra-light helicopter. The engine mount must be able to support the load of
ROTAX 582 UL DCDI engine and the engine gearbox system which in total is about 70
kg. The engine mount is designed so that it is capable of being shifted longitudinally
and rotated circumferential around the center post. The circumferential rotation
indirectly have the effect of lateral displacements. This project uses the concept of
Weight Shift Control (WSC) that is commonly used for a hang glider. However, instead
of controlling the weight of the pilot, this WSC project is controlled by shifting the
position of the engine. The analysis is done using the SOLIDWORK software. The
analysis is performed to observe whether the structure of the engine mount can support
the applied load or fail to perform as required. The analytical method is also calculated
in this thesis to compare and verify the structure manually with the analysis result.
When comparing the analytical and the analysis method, the stress of the engine mount
have a percentage difference of 2.19%. In fabrication process, all the material and
equipment in fabricating the model are available in the Aerospace workshop. This thesis
provides detail method in developing the engine mount of an ultra-light helicopter
starting from the conceptual design to the final fabrication of the engine mount
structure.