Projek ini bertujuan menghasilkan satu sistem yang berfungsi sebagai penyarian sifat
tulisan bahasa isyarat. Sistem ini menggunakan papan litar FPGA DE2-70 Altera yang
mengandungi cip pemproses Nios II. Teknik-teknik pemprosesan imej dan algoritma
diimplementasi menggunakan papan litar tersebut. Algoritma yang diimplementasi
adalah untuk menyediakan pangkalan data untuk sistem penterjemahan tulisan bahasa
isyarat. Projek ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama melibatkan generasi
system Nios II dengan menggunakan program SOPC Builder. Dengan menggunakan
SOPC Builder, komponent-komponent dalam papan litar DE2-70 dapat disambung
dengan mudah dan tersusun berbanding dengan kaedah tradisi yang memerlukan masa
yang lama untuk menulis kod yang panjang bagi tujuan yang sama. Langkah seterusnya
melibatkan penggunaan perisian Altera Quartus II untuk mengkompilasi dan muat
turun rekaan ke papan litar DE2-70. Langkah terakhir melibatkan bahasa
pengaturcaraan C untuk mengkodkan algoritma untuk penyarian sifat tulisan bahasa
isyarat dan perilaku pemproses Nios II bagi mengawal komponen-komponen di atas
papan litar DE2-70 untuk mendapatkan keputusan yang diingini. Penyarian sifat tulisan
bahasa isyarat ini dapat membantu menghasilkan sistem penterjemahan tulisan bahasa
isyarat dengan gabungan beberapa algoritma prapemprosesan dan padanan sifat.
_______________________________________________________________________________________________________
This project is to build a system that is capable to do feature extraction of SignWriting.
The system is built based on Altera’s FPGA DE2-70 board which contains a Nios II
soft core processor. Image processing techniques and algorithm are implemented on the
board. The algorithm is built to prepare a database for the matching process of the
SignWriting translation system. The project is categorized into three important parts.
The first part involves the generation of Nios II system using the SOPC Builder
program. By using SOPC Builder, components on the DE2-70 board can be
interconnected easily and orderly compared to traditional method where typical time
consuming lengthy source code needs to be written for the same purpose. The next step
involves the usage of Quartus II software to compile and download the design to the
DE2-70 board. The final step involves the development of C programming language to
code the feature extraction of Sign-writing algorithm and behavior of Nios II processor
to manipulate the components on DE2-70 board to obtain the desired result. Being able
to do the feature extraction of Sign-writing can help to develop the Sign-writing
translation system with the combination of pre-processing and matching algorithm.