(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian keberkesanan sistem bas Kampus induk USM

Kajian keberkesanan sistem bas Kampus induk USM / Muhammad Nizar Saddum
Sistem bas Kampus Induk USM telah dilaksanakan pada tahun 1999 bertujuan untuk mengurangkan bilangan kenderaan dan mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan kemalangan di dalam kampus USM. Objektif kajian ini di jalankan ialah untuk mengkaji kemudahan yang disediakan, keberkesanan sistem bas dan isu serta permasalahan yang timbul oleh sistem bas di dalam Kampus Induk USM. Kajian ini juga bertujuan untuk mencari cadangan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dijalankan oleh pihak universiti untuk menambahkan keberkesanan sistem bas di dalam kampus Induk USM. Kajian ini melibatkan pengumpulan maklumat daripada temuramah dengan pihak Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM dan pihak pengusaha operasi bas di dalam kampus. Borang soal selidik telah di diedarkan di kalangan pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai sistem bas komuter USM pada pandangan pengguna. Pengumpulan maklumat sistem bas yang dijalankan di universiti lain dan cadangan semua pihak diambil bagi mencari langkah-langkah penambahbaikan supaya sistem bas Kampus Induk USM dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi. Daripada kajian yang dijalankan ini dapat diketahui kemudahan yang disediakan dan keberkesanan sistem bas kepada warga kampus. Pelbagai Isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dapat diketahui. Kajian ini diharapkan akan dapat membantu menyelesaikan masalah yang timbul dalam meningkatkan keberkesanan sistem bas Kampus Induk USM. _______________________________________________________________________________________________________ Since 1999, USM’s Main Campus has implemented the bus system in order to reduce the number of vehicles in campus and to overcome congestion as well as to avoid accident in campus. The main objectives of this study are to study the effectiveness of the bus system in USM’s Main Campus and to highlight the issues related to the bus service. This study will also propose solutions to improve the effectiveness of the bus system. This methodology for this study involves collection of information from student affairs and development division of USM and the operator of the bus service. Questionnaires are distributed among students to obtain their views on the effectiveness of this bus system. Experiences from other universities were also used as guidance. Results from this study will indicate the facilities provided and the effectiveness of the bus system to students. Many issues and problems are highlighted and hopefully, this research will be able to help USM find the best solution for the bus service in the USM’s Main Campus.
Contributor(s):
Muhammad Nizar Saddum - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002771
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
bus; system; congestion
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/10/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 143
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-10 17:07:47.653
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian keberkesanan sistem bas Kampus induk USM1 2020-09-10 17:07:47.653