Angin telah digunakan sebagai tenaga alternatif di kebanyakan negara kerana
sumber angin adalah bersih dan mesra alam. Pintu automatik yang dijana dengan tenaga
boleh diperbaharui adalah disyorkan kepada pengguna tempat letak kereta untuk
mengurangkan pergantungan kepada grid kuasa dan mengawal bilangan kereta di
tempat letak kereta. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengkaji kebolehlaksanaan
penggunaan sebuah Boomgate automatik yang menggunakan tenaga angin. Sistem
tersebut perlu sesuai dengan corak angin di kawasan Nibong Tebal dan memenuhi
permintaan tenaga untuk Boomgate automatik di tempat letak kereta Pusat Pengajian
Elektrik dan Elektronik Kejuruteraan,USM. Selain itu, pengkajian tentang ciri-ciri
kuasa elektrik Boomgate automatik dan kelajuan angin juga dilaksanakan dalam projek
ini. Data-data tersebut akan dianalisis dengan Microsoft Excel. Kaedah yang
diggunakan dalam projek ini adalah kaji selidik, pengiraan dan analisis statistik. Secara
kesimpulan, sistem tenaga angin yang memenuhi permintaan kuasa terdiri daripada satu
mini 3 plus turbin angin, empat unit RS 537-7305 bateri dan Boomgate automatik 300.
Berdasarkan pengiraan, kos sistem kuasa angin yang direkacipta adalah RM5437.59 dan
hanya boleh menjimat sejumlah RM6.83 dalam satu tahun. Walaubagaimanapun, sistem
tersebut membawa kerugian sebanyak RM1032.53 melalui pengiraan analisis ekonomi.
Walaupun pemasangan pintu automatik yang dijana oleh sistem tenaga angin adalah
tidak ekonomik, ia dapat mengurangkan pergantungan kepada bekalan kuasa utama dan
mengurangkan pencemaran alam sekitar pada masa depan.
_______________________________________________________________________________________________________
Wind has been used as an alternative energy in many countries due to the fact
that wind source is clean and eco-friendly. To reduce reliance on the power grid and to
control on the number of cars in limited parking spaces, an automatic gate which was
generated by renewable energy is recommended for the car park users. The main aim of
this project is to study the feasibility of automatic Boomgate which is operated by wind
energy. The system must be suitable to the wind trend of Nibong Tebal area and also
fulfilled the power demand of the automatic Boomgate in the car park of School of
Electrical and Electronics Engineering, USM. The electrical power characteristics of the
automatic Boomgate and the winds speed variation are studied. The data were further
analyzed by using Microsoft Excel. The methodology includes conducting a survey.
This is followed by calculation and statistical analysis to develop this project. It is
concluded that the wind energy system that meet the power demand consist of a mini 3
plus wind turbine, two units of RS 537-7305 rechargeable batteries and an automatic
Boomgate 300. From the calculation, the cost of the wind power system is RM5437.59
and could save an amount of RM6.83 annually. However, based on the economic
analysis, the system brings an amount of RM1032.53 losses. Although installing an
automatic gate which powered by wind energy system is not economic, it does help to
reduce dependency on the main power supply and contribute to the greener future.