Pada masa kini, isyarat penyiaran televisyen selalunya dicemari oleh hingar dedenyut yang menghasilkan imej bersalji. Keadaan ini tidak akan menyelesakan hati penonton yang menontonnya. Salah satu penapis tindas hingar umum ialah penapis median. Penapis median adalah popular dengan ciri-cirinya yang bertindak sebagai pengurang hingar dan pengawet pinggir. Tetapi, penapis median bukannya penapis yang sempurna, terdapat juga kelemahan yang perlu diatasi. Satu penapis median yang telah diubahsuai telah dicadangkan dalam projek ini bagi mengatasi kelemahan penapis median. Penapis yang dicadangkan ini diimplementasi dengan menggunakan pengaturcaraan Matlab. Selain itu, satu antaramuka grafik pengguna (GUI) bagi penapis cadangan yang mesra pengguna telah direkabentuk untuk memudahkan pengguna yang menjalankan proses penapisan hingar imej. Keputusan-keputusan eksperimen projek ini merupakan fakta yang boleh membuktikan bahawa penapis yang dicadangkan ini dapat menggurangkan masa proses penapisan hingar dengan meminimumkan bilangan penggantian secara efisien. Penapis ini juga bertindak baik dalam pengawetan pinggir dan penindasan hingar dedenyut.
______________________________________________________________________________________
Nowadays, the broadcast television signal is frequently contaminated by impulse noise and produces the snowy images which are uncomfortable for spectator to view on it. One of the common filters for suppressing this type of noise is the median filter. Median filter is popular because of its noise reduction and edge preservation characteristics. Somehow, median filter is not a perfect filter. This filter has some weaknesses that are needed to be overcome. A new modified median filter is proposed in this project to solve the weaknesses of the standard median filter. This new proposed filter is implemented using Matlab. Besides, a user-friendly graphical user interface (GUI) of this proposed filter has been designed to make the user feel comfortable to handle the image noise filtering process. The experimental results of this project are good enough to prove that the proposed filter is efficient in reducing the noise filtering process time by minimizing the number of replacements. This proposed filter also good in edge preservation and impulse noise suppression.