Kajian terhadap kapasiti lenturan muktamad bagi perincian cerucuk konkrit ringan
pratuang dengan rekabentuk keratan rentas yang berbeza telah dijalankan bagi
menggantikan penggunakan cerucuk bakau dalam kerja-kerja pembinaan. Salah satu ciri
utama cerucuk bakau adalah ringan, maka disasarkan berat cerucuk konkrit ringan adalah
perlu di bawah 35 kg iaitu berat yang mudah dikendali oleh pekerja. Spesimen T1 yang
merupakan cerucuk konkrit pepejal sepenuhnya bertindak sebagai spesimen kawalan.
Kapasiti lenturan bagi T1 adalah 0.594 kNm. Spesimen T2 dibentuk dengan
menggunakan paip PVC sebagai teras berongga. Pengurangan berat adalah ketara iaitu
dari 45 kg kepada 28 kg. Walaubagaimanapun, kapasiti lenturan bagi T2 adalah 0.392
kNm iaitu 34 % lebih rendah dari specimen kawalan. Spesimen T3 dibentuk
menggunakan paip PVC sebagai teras berongga dengan GFRP sebagai tetulang,
manakala specimen T4 dibentuk menggunakan paip PVC sebagai teras berongga dengan
rebar keluli sebagai tetulang. Berat T3 adalah 34 kg, dan berat T4 adalah 33 kg. Kapasiti
lenturan T3 adalah 1.146 kNm, iaitu 92.9 % lebih tinggi daripada spesimen kawalan dan
192.3 % lebih tinggi daripada spesimen T2. Kapasiti lenturan T4 adalah 2.247 kNm, iaitu
278.3% lebih tinggi daripada spesimen kawalan dan 473.2% lebih tinggi daripada T2.
Daripada dapatan ini jelas menunjukkan berat cerucuk konkrit ringan dengan PVC
sebagai teras berongga dan penambahan bar tetulang memberikan kapasiti lenturan yang
lebih tinggi. Hasil dapatan juga menunjukkan spesimen T4 yang memiliki sifat ringan
dan kapasiti lentur yang tinggi adalah pilihan terbaik untuk menggantikan cerucuk bakau.
_______________________________________________________________________________________________________
The ultimate bending capacity for detail of light weight precast concrete pile with
different cross sectional design have been studied to determine the most suitable light
weight precast concrete pile to replace mangrove pile. As light weight is one of the main
characteristic of mangrove pile, the light weight characteristic is targeted to be below 35
kg which is the weight that a worker can handle. T1 specimen which is a fully solid
concrete pile acts as a control specimen. The bending capacity of T1 specimen is 0.594
kNm. T2 specimen is cast by using PVC pipe as hollow core. The weight reduction is
significant compared to T1 which is from 45 kg to 28 kg. However, the bending capacity
of T2 specimen is 0.392 kNm which is 34 % lower than control specimen. T3 specimen
is cast using PVC pipe as hollow core with GFRP rebars as reinforcement while T4
specimen is cast using PVC pipe as hollow core with steel rebars as reinforcement. The
weight of the T3 specimen is 34 kg while the weight of T4 specimen is 33 kg. The
bending capacity of T3 specimen is 1.146 kNm which is 92.9 % higher than the control
specimen and 192.3 % higher than T2 specimen. The bending capacity of T4 specimen
is 2.247 kNm which is 278.3 % higher than control specimen and 473.2 % higher than
T2. It can clearly be seen that the light weight concrete pile with PVC as hollow core
with addition of reinforcement bar provides higher bending capacity. T4 specimen which
fulfills the requirement of light weight property and high bending capacity is the best
choice among the four type of specimen to replace mangrove pile.