Sistem kuasa dengan penghantaran voltan tinggi adalah diperlukan untuk menghantar sejumlah besar tenaga elektrik dari stesen penjanaan kepada pengguna. Penebat adalah bahagian yang paling penting dalam sistem voltan tinggi seperti pada kabel dan mesin. Dalam usaha untuk memastikan peralatan beroperasi dalam keadaan yang baik, adalah perlu untuk mengekalkan prestasi penebat dalam peralatan. Dalam keadaan tertentu, tenaga haba dan tenaga lain dibebaskan semasa pelepasan berlaku yang boleh merendahkan prestasi penebat.. Dalam kajian ini, corak taburan suhu dalam penebat kabel PILC akan dikaji untuk membantu dalam menentukan lokasi aktiviti pelepasan. Kajian dikhususkan pada kesan saiz dan lokasi kekosongan dalam penebat serta dimodelkan dengan menggunakan COMSOL Multiphysic. Hasil analisis menunjukkan jumlah corak haba dipengaruhi oleh saiz dan lokasi kekosongan dalam penebat. Oleh itu, saiz kekosongan yang lebih kecil dan yang dekat kepada konduktor menyebabkan suhu pada penebat menigkat dan boleh membawa kepada kegagalan kabel.
_______________________________________________________________________________________________________
A power system with high voltage transmission is necessary to transmit a large amount of electrical energy from generating stations to consumers. Insulation is the most important part of high voltage system together with cable and machine. In order to keep the equipment in good operating condition, it is necessary to maintain the insulation in the equipment. In particular condition, heat and other form of energy are released during the discharge activities which may degrade the performance of the insulation. In this paper, the temperature distribution pattern in the insulation of PILC cable is studied in order to help in determining the location of discharge activities. In particular, the effect of the size and location of the void in the insulation are investigated by using COMSOL Multiphysics. The result shows the amount of heat pattern is affected by the size and location of the void in the insulation. The finding show that, the smaller size of void and the nearer void to the conductor made the insulator more heated and leading the cable to breakdown.