Penggunaan rekabentuk struktur konkrit telah digunakan secara meluas. Malah
rekabentuk yang dihasilkan meningkat dari semasa ke semasa dengan terciptanya
pelbagai perisian komputer. Oleh itu dalam kajian yang dijalankan ini semua elemen
struktur bangunan yang direkabentuk merupakan struktur konkrit bertetulang yang
direkabentuk berdasarkan keadaan had muktamad merujuk kepada BS 8110 : Bahagian 1
: 1997. Dalam projek ini, kajian tertumpu kepada rekabentuk bangunan konkrit pejabat
dua tingkat dengan menggunakan perisian STAAD – III dan juga secara manual.
Keputusan yang diperolehi berdasarkan perisian STAAD – III dan manual dibandingkan
secara relatif berdasarkan nilai daya ricih dan momen lentur pada penyokong dan
pertengahan rentang, jumlah luas keratan rentas serta saiz tetulang yang dibekalkan
kepada anggota struktur. Berdasarkan output daripada perisian STAAD – III, penentuan
kos dilakukan terhadap struktur utama bangunan. Laporan ini juga membincangkan
langkah-langkah serta kaedah pemodelan struktur yang digunakan dalam perisian
STAAD – III serta kelebihan dan kelemahannya sebagai perisian untuk analisis dan juga
rekabentuk struktur. Berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa purata
peratus perbezaan momen dan daya ricih bagi kedua-dua kaedah yang digunakan iaitu
STAAD – III dan rekabentuk secara manual adalah tidak melebihi 35%. Perbandingan di
antara purata luas keratan rentas tetulang utama juga tidak menunjukkan julat perbezaan
yang begitu besar iaitu kurang daripada 20%. Keputusan daripada beberapa kes yang
dijalankan menunjukkan keberkesanan serta keupayaan STAAD – III sebagai perisian
untuk analisis dan merekabentuk struktur.
_______________________________________________________________________________________________________
The application of a reinforced concrete structure design has been used widely. In this
research, all the structures element have been design as reinforced concrete based on the
ultimate limit state philosophy employed in BS 8110 : Part 1 : 1997. The main objective
of this project is to design double storey concrete office building and its comparison with
manual calculation. The result will be compared in term of the shear force, the bending
moment on the main support as well as the mid-span and the total cross section area of
the main reinforcement required. Hence, the main building structure cost can be
determined from the STAAD-III output. This report also discuss the procedures and
methods of structural modeling used in STAAD-III as well as the advantages and
disadvantages of the STAAD-III software as a tool to analyze and design. The result
shows that the average of percentage differences in the shear force and the bending
moment for both method does not exceed more than 35%. Hence, the comparison
between the average cross section of main reinforcement also does not shows very much
difference which is less than 20% from the manual. It can be concluded that the STAADIII
software has the capability to analyze and design structures.