Saban hari kita mendengar berkenaan bencana banjir yang telah membawa
kepada kerugian serta kemusnahan dari segi harta benda dan juga nyawa. Berikutan
dengan itu pelbagai langkah telah pun diseru oleh pihak kerajaan dalam menangani
masalah tersebut dan sudah tentu tugas beratnya terletak pada pihak seperti Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga badan persendirian. Sehubungan itu, projek
tahun akhir ini akan melibatkan kajian kebolehlaksanaan tebatan banjir dan saliran
di kawasan Pusat Bandar Parit Buntar, Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan.
Daripada sejarah silam Parit Buntar pernah berlaku sekali banjir yang telah
memusnahkan beribu – ribu hasil tanaman akibat daripada kerosakan struktur paip
yang pecah, secara tidak langsung menganggu kestabilan sistem perparitan dan
saliran di kawasan Parit Buntar. Namun keadaan sedemikian telah pun berjaya di
atasi dengan adanya Ampang Jajar yang mengawal keluar masuk air dari kawasan
pertanian. Walaubagaimanapun masih juga terdapat masalah di bahagian hulu
Sungai Kerian yang di bawah kawalan Ampang Jajar pada ketika air pasang
ataupun hujan lebat.
Projek tahun akhir ini bertujuan mengumpul mana – mana data yang relevan
untuk dianalisis dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Justeru itu, di akhir
laporan ini, dibincangkan kaedah – kaedah dan alternatif yang boleh di aplikasi di
dalam projek – projek penambahbaikan sistem perparitan dan saliran yang bakal
dijalankan di kawasan pusat bandar Parit Buntar oleh pihak majlis daerah mahupun
JPS, dan dengan objektif yang ingin di capai di harap penghasilan ia dapat memberi
manfaat kepada semua pihak yang terlibat di dalam menangani masalah banjir di
negara kita.
_______________________________________________________________________________________________________
Nowadays we heard that flood disaster has caused destruction to properties
and also took the life of innocent people. Hence various drastic measures have
being exclaimed by the government in order to put a stop to the problem, and of
course it is up to Jabatan Saliran & Pengairan (JPS) and connected private body to
implement any appropriate measures. As for that this final year project will involve
research on the effectiveness of the drainage system to prevent flood in the area of
Pusat Bandar Parit Buntar, Kerian District, Perak Darul Ridzuan.
From the history of Parit Buntar, once occurred a massive flood which
caused the destruction of thousand of crops, as a result from a pipe structure failure.
In spite of that, with the help of Ampang Jajar to control the flow of water, that
problem have being overcome successfully. However, flood may still occured at the
upstream of Sungai Kerian especially during high tide or heavy rainfall.
The purpose of this final year project is to gather any relevant data or
information from which will be analysed with appropriate method. Hence, this
report will be discuss about the method and alternatives that can be implemented in
any future projects regarding on upgrading the drainage system in the project area,
whether it is done by the district council or JPS, with hope that it may also benefits
those who are involved directly or indirectly in preventing flood in our country.