Teknologi kian menuju ke arah automasi dan manusia kini ingin menyiapkan kerja-kerja dengan cara automatik. Sistem pengesanan dan pengelakan halangan telah dikaji untuk aplikasi dalam mesin-mesin. Komponen elektronik seperti alat pengesan dan kereta robot telah diguna pakai untuk mengkaji pergerakan sistem. Sistem ini banyak diaplikasi dalam kenderaan di ruang yang tertutup. Respon alat pengesan terhadap bahan di sekeliling telah dikaji untuk memastikan sistem ini berkesan. Alat pengesan telah ditetapkan untuk mengesan halangan dalam jarak yang tertentu dengan beberapa ujian untuk menentukan jarak yang sesuai. Tindakan ini dilakukan supaya sistem ini dapat berjalan dengan lancar. Algoritma sistem telah dilaksanakan supaya kenderaan boleh mengelak halangan selepas mengesan halangan. Kereta robot telah direka untuk mengelak halangan yang terletak di hadapan kereta robot dan bergerak kembali laluan yang lurus. Kereta robot membuat keputusan dengan cara Logik Fuzi mengikut keadaan yang ditentukan. Kereta robot dapat bergerak dan mengelak halangan dalam masa kurang daripada tiga puluh saat. Ujian telah dibuat untuk mengesahkan pergerakan ini.
_______________________________________________________________________________________________________
Current technology trend is moving towards automation and people need things to be done automatically. The obstacle detection and avoidance system is being researched to study its application in automated machine. Few electronic components like sensors and robot car as experiment tool are needed to study this system and the motion or kinematics of the system is also studied throughout the research. The application of this system is mostly for moving vehicle in indoor. In order to make this system works, the effect of obstacle material in the environment to the response of the sensing unit is studied and few experiments are carried out to ensure better performance in the system. The determination of the threshold distance to be set in the sensors will get the system to work better in obstacle avoiding. The algorithm on how the robot car responses when obstacle is detected is also designed. The algorithm sets to interpret the data obtained from the sensor and makes the decision for the mobile robot to react. The robot car is designed to avoid obstacle detected in front of the robot car and continues to move back the path in straight line. The robot car makes its own decision using Fuzzy Logic method to avoid obstacle with the condition set. The robot car able to move and avoid obstacle in less than thirty seconds of response time with experiment conducted as prove.