(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Ujian model gegaran penusukan kesan parameter ; saiz cerucuk

Ujian model gegaran penusukan kesan parameter : saiz cerucuk / Suzita Zainal Anuar
Gegaran yang terhasil daripada kerja – kerja pembinaan mungkin akan mengakibatkan kerosakkan dan gangguan terhadap kawasan yang bangunan yang berdekatan, struktur , peralatan sensitif dan manusia. Ini kerana semasa kerja – kerja pembinaan; tenaga, anjakan, kelajuan dan pecutan yang terhasil akan dipindahkan ke dalam struktur lapisan tanah. Pemindahan unsur – unsur ini akan mengakibatkan terhasilnya gegaran yang mengakibatkan kerosakkan dan gangguan kepada kawasan yang berdekatan jika gegaran yang terhasil adalah sangat besar. Oleh sebab itu analisis terhadap penusukan cerucuk untuk mengetahui jumlah gegaran yang terhasil apabila sesuatu cerucuk dihentak. Antara langkah yang perlu dilakukan ialah pemantauan terhadap projek pembinaan yang bakal dijalankan, meramal atau membuat hipotesis terhadap getaran yang terhasil dengan menggunakan alatan Geophone dan perisian M-Vib dan mengawal tahap gegaran yang terhasil. Melalui disertasi ini hubungan antara saiz cerucuk dan jumlah gegaran yang terhasil dan kesan gegaran kepada kawasan berhampiran akan diterangkan dengan lebih mendalam. Kaedah yang digunakan ialah mencerap dan menganalisa mengunakan alatan geophone dan perisian M-Vib. Model cerucuk dan pemberat digunakan untuk menggantikan cerucuk dan pemberat sebenar. Kajian melibatkan kerja – kerja dalam makmal dan kerja – kerja lapangan. Melalui kajian dan analisis yang dijalankan menunjukkan jumlah gegaran akan bertambah apabila saiz cerucuk turut bertambah. Hasil kajian dilihat dapat membantu jurutera awam menyelasaikan masalah berkaitan gegaran yang terhasil semasa pelantakkan cerucuk. _______________________________________________________________________________________________________ Vibrations that occur during piling work can be harmful to the adjacent structures or sensitive machineries operating nearby. Vibrations also produce noise that can disturb the human. During piling, energy is transferred into the soil. The transmitted energy from pile to ground can cause damage to adjacent structures if the involved are excessive. This report presents relationships between pile size and total vibrations. Model piles with diameter of 15 mm, 25 mm, 44 mm, 50 mm, and 80 mm were used with a 10 kg hammer. It was found that the bigger the size pile used the higher the vibrations. Also found, the further the monitoring point the lower the vibrations. The outcome from this research will help the civil engineer to solve the problem about pile vibration.
Contributor(s):
Suzita Zainal Anuar - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002028
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
Vibrations; piling; structures
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/22/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 80
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-22 16:26:50.361
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Ujian model gegaran penusukan kesan parameter ; saiz cerucuk1 2020-09-22 16:26:50.361