Pengukur Cas Berdigit yang akan direkabentuk adalah suatu alat yang dapat mengukur cas ruang dan badan manusia serta mampu mengesan polariti cas yang diukur. Rekabentuk alat ini menggunakan elemen kapasitor untuk menghasilkan beza keupayaan di antara kedua-dua plat apabila terdapatnya cas. Di samping itu, elemen kapasitor juga merupakan suatu elemen yang sesuai dengan sifatnya yang dapat menyimpan dan melepaskan cas. Seterusnya rekabentuk projek ini menggunakan elemen penguat operasi yang berfungsi untuk menguatkan isyarat beza keupayaan yang terhasil. Rekabentuk projek ini juga menggunakan suatu peranti yang dipanggil penukar isyarat analog kepada digital ( analog digital conversion – ADC ) bagi membolehkan alat ini menukarkan nilai kuantiti cas yang diukur kepada suatu nilai digital. Paparan di dalam bentuk digital ini memudahkanlagi bacaan dibaca oleh pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan lagi ketepatan bacaan yang diperoleh berbanding menggunakan meter analog. Sebagai kesimpulan, rekabentuk projek ini adalah bertujuan untuk menghasilkan suatu produk / keluaran yang dapat mengukur cas ruang dan badan manusia serta mengesan polariti cas yang diukur. Oleh yang demikian, langkah-langkah pencegahan awal dapat diambil untuk mengelak daripada berlakunya kerosakan terhadap peranti-peranti elektronik yang digunakan di dalam makmal melalui pengnyahcasan cas badan manusia yang tidak dikehendaki.
______________________________________________________________________________________
Digital Charge Measurement Device is designed to measure value of charge on body and room and also to detect the polarity of charge. This design using an element of capacitor to produce the charge differences between two plates of capacitor. Beside that, capacitor also can charge or discharge. This design also using operational amplifier to amplify the charge differences. Others, analog to digital converter are used to convert analog signal to digital signal. Displays in digital value are easy to read and also more accurate than metre analog. As a conclusion, the motive of this design is to produce one product that can measure value of charge on body and room and also to detect the polarity that charge. So that customer can take prevention step or prepare early to prevent damage on variety of electronic components through discharging of charge on body while using those components.