(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

High speed analog to digital converter (adc) for wireless/Nor Shakirina Nadzri

High speed analog to digital converter (adc) for wireless_Nor Shakirina Nadzri_E3_2008_NI
Pengubah analog kepada digital adalah elemen yang sangat mustahak dalam penerima sistem tanpa wayar. Pengubah analog kepada digital digunakan untuk menukarkan isyarat analog kepada isyarat digital. Struktur sistem penerima tanpa wayar yang berbeza di mana bergantung kepada lokasi pengubah analog kepada digital dalam rantaian penerima dibincangkan iaitu ’super-heterodine’, homodyne , penolakan imej , perisian radio dan perisian takrif radio, setiapnya mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tujuan pengubah analog kepada digital berkelajuan tinggi digunakan adalah kerana ia menawarkan penggunaan kuasa terendah dan persembahan arus ulang alik paling baik dalam industri. Dalam projek ini, ADS 5474 yang mempunyai resolusi 14 bit, kelajuan 400 MSPS dan struktur ’pipeline’ dari Texas Instrument digunakan. Pengubah analog kepada digital ini mempunyai jumlah kuasa kehilangan sebanyak 2.5 W dan mampu beroperasi hanya menggunakan bekalan kuasa 5 V dan 3.3 V sambil menghasilkan keluaran digital LVDS yang sesuai. Data keluaran diperoleh sebagai 14 bit selari dalam format binari. Susun atur litar skematik ADC ini direka bentuk menggunakan perisian OrCAD 9.2 dengan enam lapisan. Susun atur ini kemudian sepatutnya diperbuat atas papan litar bercetak. Disebabkan beberapa masalah, papan penilaian ADS 5474 digunakan. Papan penilaian ini diuji untuk menilai pengubah analog kepada digital di bawah pelbagai keadaan isyarat, rujukan dan bekalan. Papan penilaian pengubah analog kepada digital diuji bersama papan penilaian digital kepada analog untuk menjanakan keluaran terakhir menggunakan osiloskop. Akhirnya keputusan ujian dibincangkan. Pengubah analog kepada digital ini sangat sesuai untuk aplikasi perisian takrif radio dan peralatan perhubungan. ___________________________________________________________________________________ Analog-to-digital converter (ADC) is an essential element in wireless receiver. ADCs are used to convert analog signals to the digital domain. Depending on the location of the ADC in the receiver chain, different architectures of receivers are discussed; superheterodyne, homodyne, image reject, software radio and software defined radio, all of which have different advantages and drawbacks. The purposes of using high speed ADCs are because they offer the lowest power consumption and highest AC performance in the industry. In this project, ADS 5474 from the Texas Instrument, a 14 bit, 400 MSPS analog to digital converter (ADC) with the structure of pipeline ADC is used. This ADC has total power dissipation of 2.5 W and has ability to operate from 5V and 3.3V supply while providing low voltage differential signaling (LVDS) compatible digital outputs. The output data are available as a 14-bit parallel word which coded in binary format. The layout of the ADC schematic is designed using the OrCAD 9.2 software with six layers. It then should be
Contributor(s):
Nor Shakirina Nadzri - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
Analog-to-digital converter (ADC) ; wireless; homodyne,
First presented to the public:
3/1/2008
Original Publication Date:
2/20/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 71
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-02-25 16:04:05.71
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
High speed analog to digital converter (adc) for wireless/Nor Shakirina Nadzri1 2020-02-25 16:04:05.71