(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Leachate treatment by copper-based ion oxidising agent

Leachate treatment by copper-based ion oxidising agent / Muhammad Fathi Abdul Aziz
Salah satu pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh tapak pelupusan sampah ialah penghasilan air laru tresap yang mengandungi banyak bahan organik, bahan bukan organik, ammonia-nitrogen dan logam seperti besi, zink dan plumbum. Ia akan meresap ke dalam tanah dan menyebabkan pencemaran sumber air yang serius jika tidak dikumpulkan ke satu tempat yang khusus kemudian dirawat dan seterusnya dibuang secara betul. Oleh itu, kuprum berasaskan ion digunakan sebagai salah satu cara olahan untuk air larut resap. Objektif kajian ini ialah untuk megetahui tahap kecekapan agen pengoksidaan kuprum selain daripada untuk mendapatkan dos dan pH kuprum berasaskan ion yang optimum dan untuk menyiasat mekanisma tindak balas antara kuprum berasaskan ion dengan air larut lesap. Sampel air larut resap diperolehi dari tapak pelupusan sampah di Pulau Burung. Parameter yang terlibat dalam kajian ini ialah penyingkiran logam berat (Fe danMn) dan ammonia. Terdapat dua kaedah rawatan iaitu Kaedah 1 dan Kaedah 2.Kaedah 1 ialah dengan mengubah nilai pH air larut resap manakala Kaedah 2 ialah dengan mengubah dos kuprum berion. Melalui kajian yang dijalankan, nilai optimum bagi pH yang diperolehi alah pada pH 6 dengan jumlah kecekapan penyingkiran bagi besi dan mangan ialah 95.19% dan 93.49%. Kandungan ammonia yang Berjaya disingkirakan ialah 83.96%. Bagi dos optimum pula, nilai optimum yang diperoleh ialah pada dos 5 mL dengan jumlah kecekapan penyingkiran bagi besi dan mangan ialah 95.56% dan 93.49% manakala kandungan ammonia yang Berjaya disingkirkan ialah 82.96%. Bagi mekanisma tindak balas, kajian mendapati bahawa kuprum berion ini bertindak sebagai agen pengoksidaan dan menarik semua ion-ion yang terdapat dalam air larut resap tersebut. _______________________________________________________________________________________________________ One of the environmental pollution caused by the landfill is the production of leachate containing high organic materials, inorganic materials, ammonia-nitrogen, and metals such as ferum, zinc and lead. It will percolate into the ground and cause serious water pollution if not collected in a specific place, treated and subsequently released to water body. Thus, copper based ion is used as one of the method for leachate treatment. The objective of this study is to determine the efficiency of copper oxidising agent. In addition, to get the optimum dosage and pH of copper based ions and to investigate the mechanism of the reaction between copper based ion and leachate. Leachate sample is obtained from Pulau Burung Landfill site. The parameters involved in this study are the removal of heavy metals (Fe and Mn) and ammonia. There are two methods of treatment which are Method 1 and Method 2. Method 1 is varied pH leachate value while Method 2 is varying the Ionic Copper concentration. Through the study, the optimum value for pH obtained is pH 6 with a total efficiency of removal of iron and manganese are 95.19% and 93.49% respectively. Meanwhile, for removal of ammonia content is 83.96%. For the optimum dose, the suitable dosage obtained at 5 mL with removal of iron and manganese are 95.56% and 93.49% respectively whereas ammonia is successfully removes up to 82.96%. For reaction mechanism, this study shows that copper based ion acts as an agent to oxidation and attract all the ions in the leachate.
Contributor(s):
Muhammad Fathi Abdul Aziz - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875000569
Language:
English
Subject Keywords:
environmental; pollutions; leachate
First presented to the public:
6/1/2014
Original Publication Date:
12/27/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 93
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-01-06 18:12:58.209
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Leachate treatment by copper-based ion oxidising agent1 2020-01-06 18:12:58.209