(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

The efficiency of i-beam steel section with perforated-corrugated web profile / Hazwani Hasan

The efficiency of i-beam steel section with perforated-corrugated web profile_Hazwani Hasan_A9_2017_MYMY
Kajian ini mengkaji kecekapan struktur keratan rasuk- I keluli berprofil web segi tiga (TriWP) berlubang. Dua peringkat analisis telah dibuat dengan menganalisis 359 model. Di Peringkat 1, kecekapan struktur rasuk TriWP dengan bukaan yang berdimensi 200 mm × 100 mm × 6 mm × 4 mm dan panjang rentang kira-kira 900 mm ditentukan berdasarkan nisbah kapasiti beban kepada berat sendiri. Ia dikira di bawah keadaan saiz lubang yang berbeza iaitu 0.4D, 0.5D dan 0.6D; lima bentuk bukaan yang berbeza iaitu bulat, segiempat sama, heksagon, oktagon dan berlian dan susun atur bukaan yang berbeza (Susun atur 1, Susun atur 2 dan Susun atur 3). Dengan menggunakan kombinasi ini, analisis model dilaksanakan untuk keadaan lenturan, lengkokan kilasan sisi, kilasan dan ricih pada peringkat kedua kajian. Pada peringkat ini, bentuk, saiz dan susun atur bukaan yang paling cekap dipilih berdasarkan kepada nilai kecekapan struktur tertinggi. TriWP dengan bukaan bersaiz 0.4D, bukaan berbentuk berlian dan susun atur bukaan pada Susun atur 3 menunjukkan kecekapan struktur yang tertinggi berbanding model-model lain. Nilai-nilai tersebut masingmasing ialah 158.63, 799.0, 132.17 dan 204.75 dibawah keadaan beban seperti kelakuan lentur, lengkokan kilasan sisi, kilasan dan ricih. Di Peringkat 2, ketebalan web yang berbeza, ketebalan bebibir dan panjang rentang yang digunakan pada model yang dipilih dalam Peringkat 1 untuk memerhati prestasi dan tingkah laku di bawah empat keadaan beban iaitu lenturan, lengkokan kilasan sisi, kilasan dan ricih. Didapati bahawa apabila web dan ketebalan bebibir meningkat di bawah panjang rentang yang sama dengan lebar bebibir dan kedalaman web yang sama, nilai pesongan dan putaran kilasan model masing-masing menurun di bawah keadaan beban lenturan dan kilasan. Walau bagaimanapun, nilai-nilai (pesongan dan putaran kilasan) didapati meningkat apabila panjang rentang yang meningkat. Selain itu, nilai kapasiti lengkokan ricih meningkat di bawah keadaan beban ricih dan nilai momen rintangan lengkokan juga didapati meningkat di bawah keadaan beban lengkokan sisi kilasan. Walau bagaimanapun, nilai keupayaan lengkokan ricih dan rintangan lengkokan didapati berkurangan apabila panjang rentang meningkat. __________________________________________________________________________________ This study investigates the structural efficiency of the triangular web profile (TriWP) steel section with perforation. Two stages were included which comprised of 359 models that were analysed. In Stage 1, the structural efficiency of the TriWP with perforation with the dimension of 200 mm × 100 mm × 6 mm × 4 mm and span length of 900 mm is determined from the ratio of load carrying capacity to selfweight. It is calculated under the condition of different perforation sizes i.e. 0.4D, 0.5D and 0.6D; five different perforation shapes which are circular, square, hexagonal, diamond and octagonal and three different layouts of perforations (Layout 1, Layout 2 and Layout 3). By using these combinations, the analysis of the model subjected to loading causing bending, lateral torsional buckling, torsion and shear are analysed. In this stage, the most efficient perforation shape, size and layout is selected based on the highest value of structural efficiency. TriWP with the perforation size of 0.4D, diamond perforation shape arranged in Layout 3 is found to shows the highest structural efficiency value compared to other models. The values are 158.63, 799.0, 132.17 and 204.75 for bending, lateral torsional buckling, torsion and shear loading conditions, respectively. In Stage 2, different web thickness, flange thickness and span length are used on the selected model in Stage 1 to observe the performance and its behaviour under four loading condition i.e. bending, lateral torsional buckling, torsion and shear. It is found that when the web and flange thickness are increased under the same span length with constant flange width and web depth, the value of deflection and torsional rotation of model decreased under bending and torsional loading conditions, respectively. Nevertheless, these values (deflection and torsional rotation) are found to increase when the span length increased. Moreover, the value of shear buckling capacity of model is increased under shear loading condition and the value of moment buckling resistance is also found to increase under loading causing lateral torsional buckling. Nevertheless, the value of shear buckling capacity and moment buckling resistance are found to decrease when the span length increased.
Contributor(s):
Hasan Hazwani - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008402
Language:
English
Subject Keywords:
hexagonal; perforations; TriWP
Sponsor - Description:
Pusat pengajian Kejuruteraan Awam -
First presented to the public:
3/1/2017
Original Publication Date:
11/5/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 169
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-11-05 16:04:09.687
Date Last Updated
2020-11-19 15:58:52.74
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
The efficiency of i-beam steel section with perforated-corrugated web profile / Hazwani Hasan1 2019-11-05 16:04:09.687