Ujian tanpa musnah umpamanya ujian tukul pantulan dan ujian halaju denyutan
ultrabunyi digunakan untuk mengkaji kesesuaian ujian-ujian tersebut dapat dijalankan
terhadap struktur kayu. Dua jenis kayu daripada kumpulan S.G (strength group) yang
berlainan telah dipilih daripada Table 3 dalam MS 544: Part 2: 2001, “Code Of
Practice For Structural Use Of Timber: Part 2: Permissible Stress Design Of Solid
Timber”, Malaysian Standard untuk dijadikan kajian. Lima sampel kayu daripada setiap
jenis kayu itu disediakan bagi mendapatkan nilai purata dan membuat perbandingan
terhadap kedua-dua ujian tersebut. Kesan kandungan lembapan terhadap kedua-dua
ujian tersebut yang terdapat dalam kayu diukur daripada setiap sampel kayu yang telah
digunakan dalam ujikaji. Nombor Rebound yang diperoleh dalam arah serenjang
dengan ira kayu adalah lebih tinggi daripada Nombor Rebound yang diperoleh dalam
arah selari dengan ira kayu dan nilai Nombor Rebound meningkat dengan peningkatan
kekuatan kayu yang diuji. Halaju denyutan dalam arah selari dengan ira kayu adalah
lebih laju daripada halaju denyutan dalam arah serenjang dengan ira kayu dan halaju
denyutan meningkat dengan peningkatan kekuatan kayu yang diuji. Halaju denyutan
selari dengan ira kayu mempunyai kolerasi yang baik dengan kekuatan mampatan yang
selari dengan ira kayu bagi kedua-dua jenis kayu. Nombor Rebound yang diperoleh
pada arah serenjang ira kayu mempunyai kolerasi yang baik dengan kekuatan
mampatan yang selari dengan ira kayu. Kombinasi maklumat daripada ujian tukul
pantulan dan ujian halaju denyutan ultrabunyi yang lebih teliti diperlukan untuk
menjangka kekuatan mampatan yang selari dengan ira kayu.
_______________________________________________________________________________________________________
The Non-Destructive Testing (NDT) methods such as rebound hammer and
ultrasonic pulse velocity technique are used to study the suitability of these NDT
methods to assess the structural integrity of timber elements. Two types of timber with
different strength were selected from Table 3: Strength groups of timber in MS 544:
Part 2: 2001, “Code of Practice for Structural Use of Timber: Part 2: Permissible
Stress Design of Solid Timber”, Malaysian Standard to be assessed. Five samples from
each type of timber were prepared to obtain the mean value of each test and to
differentiate between both tests. Moisture content in each sample of timber was
measured throughout both tests which been carried out. Rebound number across the
grain is bigger than rebound number along the grain for both types of timber. The value
of rebound number increased with the increasing of the strength of tested timber.
Ultrasonic pulse velocity along the grain is faster than ultrasonic pulse velocity across
the grain for both types of timber. Ultrasonic pulse velocity also increased with the
increasing of the strength of tested timber. Ultrasonic pulse velocity along the grain
gave a good correlation with compression strength parallel to grain for both types of
timber. Rebound Number across the grain gave a good correlation with compression
strength parallel to grain. The combination of detail information from rebound hammer
and ultrasonic pulse velocity is required to predict the compression strength parallel to
grain of timber.