(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Logo image database retrieval /Tan Piet Gek

Logo image database retrieval_Tan Piet Gek_E3_2006_NI
Disebabkan bilangan tandaniaga berdaftar yang semakin bertambah, adalah penting untuk mempunyai suatu system yang berupaya untuk mengesan dan memperoleh semula tandaniaga berdaftar yang telah wujud atau yang serupa. Untuk sistem ini, imej adalah diperoleh semula melalui kandungan: warna, textur, bentuk atau objek. Oleh itu, tahap kesamaan antara imej input dan imej pangkalan data boleh diukur oleh taburan warna, taburan textur, kesamaan dalam bentuk, atau objek yang wujud antara dua imej tersebut. Dalam projek ini, saya mencadangkan tiga jenis cara untuk perolehan semula imej, iaitu warna, garis luar bentuk, dan kiraan luas. Satu set yang terdiri daripada 20 imej logo berwarna digunakan sebagai imej pangkalan data dan 10 imej lain digunakan sebagai imej pertanyaan. Perolehan semula imej melalui cara warna dilakukan melalui pengiraan nilai purata korelasi antara imej pertanyaan dengan imej pangkalan dalam komponen warna R (merah), G (hijau), dan B(biru) masing-masing. Cara berdasarkan garis luar bentuk pula adalah dilakukan melalui fungsi string similarity. Bagi cara kiraan luas pula, luas bagi objek dikira dengan menganggar bilangan pixel ‘on’. Imej yang mempunyai perbezaan luas yang paling kecil berbanding dengan imej pangkalan adalah dianggap paling serupa dengan imej pertanyaan. Di samping itu, antaramuka grafik pengguna (GUI) juga dibangunkan bagi tujuan proses untuk perolehan semula imej. ______________________________________________________________________________________ Due to the increasing number of registered trademarks, it is significant to have a retrieval system which is able to detect and retrieve the similar or existing trademarks. In this method, images are retrieved by their contents: color, texture, shape, or objects. Thus, the degree of similarity between query images and images in databases can be measured by color distribution, texture distribution, shape similarity, or object presence between the two images. In this project, I proposed three types of retrieval methods: color, shape boundary, and area measurement. A set of 20 color logo images are used as database images and a set of 10 scanned images and example images copied from website as query images. Color-based retrieval is done by computing the average correlation value between query and database images on their respective R, G and B components. Shape boundary-based method is based on Fourier Descriptors representation. The similarity measure is working based on string similarity function. For area measurement method, object areas are calculated as estimation of total on pixels to represent the whole image. Images with least area difference are considered to be more similar to each other. The overall performance of the retrieval system gives acceptable results. A Graphical User Interface (GUI) is also developed in this project for image retrieval purpose.
Contributor(s):
Tan Piet Gek - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
trademarks.; logo images; valuable intellectual properties
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
1/10/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 67
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-01-10 16:06:37.33
Date Last Updated
2020-05-28 18:04:42.434
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Logo image database retrieval /Tan Piet Gek1 2019-01-10 16:06:37.33