Beberapa kajian model fizikal dijalankan bagi membuktikan teori analisa
geoteknik tentang pergerakan sisi menurut Rankine. Secara umumnya, kajian ini
adalah dibuat bagi melihat pergerakan tanah dan permukaan gelongsoran bagi
membuktikan teori analisa geoteknik yang telah sedia ada. Ujian bebanan di
dapati dapat menunjukkan enapan tanah berdasarkan tekanan tegak di bawah
beban permukaan. Enapan lebih tinggi di dapati pada bahagian yang mempunyai
tekanan lebih tinggi sementara di bahagian tekanan lebih rendah enapannya adalah
kurang. Tekanan tinggi di bahagian tengah di bawah bebanan dan tekanan yang
kurang di bahagian tepi adalah menurut agihan beban yang terbentuk seperti
mentol atau ‘stress bulb’. Walau bagaimanapun ujian yang sama gagal
menunjukkan dengan jelas permukaan gelongsoran ke arah sisi walaupun
tekanannya dapat direkodkan. Walau bagaimanapun, sudut rehat selepas
pergerakan bagi pasir boleh diperolehi daripada ujian yang dilakukan di mana
sudut ini adalah penting untuk kerja-kerja pembinaan. Kehadiran zarah longgar
dan zarah mampat yang teragih semasa ujian dapat juga dibuktikan. Secara
keseluruhan teori analisa geoteknik tentang pergerakan tanah tidak dapat dilihat
dengan jelas bagi membuktikannya melalui model-model yang telah dibina.
Untuk melihat pergerakan yang lebih jelas beberapa penambahbaikan perlu
dilakukan dalam kajian khususnya bagi membuktikan teori analisa geoteknik
tentang pergerakan tanah. Saiz model haruslah lebih besar dan tempoh
pemerhatian secara berterusan haruslah berjalan selama sekurang-kurangnya satu
bulan.
_______________________________________________________________________________________________________
A number of tests were conducted on physical models to verify various
phenomena associated with soil movements in geotechnical engineering.
Generally, the purpose was to observe movement and sliding surfaces during
geotechnical processes. The load test on a model soil showed that soils settlement
is having a higher magnitude in the middle right below the loading. Thus, the
higher stress has resulted in greater settlement. The result partly verifies the
‘stress bulb’ but in way of observing settlement. The same test however failed to
show the lateral sliding movement. A second experiment has resulted in angle of
repose determined during the test. Angle of repose is important for construction
works. Loose and dense soil grain distribution inside the material can also be
observed. The overall result however failed to show any clear movement of soil
during failure either in passive or active Rankine state. To improve the
performance of the tests, the model should be larger than already constructed and
period of observation should also be larger, say at least a month.