Pada masa kini, perisian memainkan peranan penting di dalam kehidupan kita secara ekonomi dan juga secara sosial. Oleh sebab itu, isu kualiti adalah perkara penting yang harus difokuskan.Perisian yang tidak berkualiti boleh menyebabkan cirinya tidak diterima oleh masyarakat dan berisiko untuk digunakan pada sistem aplikasi yang kritikal. Oleh sebab itu, pengujian perisian adalah satu langkah penting untuk memastikan sistem perisian itu dapat dipercayai, mempunyai kebingkasan terhadap kesalahan dan memastikan sistem itu memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. Bagi projek ini, SFIT (software fault injection tools) iaitu alatan suntikan kesilapan yang baru digunakan sebagai alatan pengujian perisian. Di dalam menilai kesesuaian dan keupayaan sebagai alatan pengujian perisian am, beberapa ujikaji telah dilakukan menggunakan SFIT untuk melaksanakan ujian ketegapan ke atas domain umum komponen COTs . Jada iaitu perkongsian memori teragih dipilih sebagai COTs. Beberapa penilaian telah dilakukan terhadap ketegapan Jada bagi memastikan keupayaannya untuk digunakan seperti di dalam sistem teknologi tinggi dan sistem keselamatan kritikal.
_________________________________________________________________________________________
Because software now has such important role in our lives both economically and socially, it is important to focus on its quality issues. Poor quality software that can cause loss of live or property is no longer acceptable to society. For this reason, software testing is an important way to ensure that a software system is reliable, resilience to error and meets the required specification. In this project, an automated software fault injection tools (SFIT) a new fault injection tools are employed as a software testing tool. In order to evaluate its suitability and applicability as a general software testing tool, a number of experiment have been devised utilizing SFIT to perform robustness testing on a public domain commercial-of-the-shelf-components (COTs). A distributed shared memory manipulation library, called Jada has been adopted as the COTs under testing. In doing so a number of observations have also been made in terms of the robustness of Jada (i.e. in terms of whether or not Jada can be used in a highly available and safety critical systems).