Sistem pengcahayaan yang pintar yang dapat mengesan kehadiran manusia dan
mengawal kecerahan lampu secara automatik mengikut aktiviti manusia direka untuk
tujuan penjimatan tenaga elektrik. Dalam projek ini, sensor haba OMRON D6T-44L-06
telah digunakan sebagai alat untuk mengesan manusia di dalam dewan kuliah dan
seterusnya mengawal kecerahan lampu mengikut mod pengajaran pensyarah. Terdapat dua
jenis lampu yang perlu dikawal di dalam dewan kuliah iaitu lampu utama dan lampu
hadapan. Pengesan LDR juga digunakan untuk mengesan cahaya dari projektor dan
seterusnya menyelapkan lampu depan dewan kuliah supaya pelajar dapat melihat slide
pembentangan dengan lebih jelas. Mikropengawal Arduino Mega 2560 telah digunakan
untuk memproses alat seperti sensor dengan lampu dan ia diaturcara dengan menggunakan
kod pengaturcaraan C untuk mendapatkan fungsi yang dikehendaki. Litar pemalap juga
telah digunakan untuk mengawal kecerahan lampu yang mempunyai 240 voltan dan 60
watt. Kaedah kawalan PWM juga digunakan oleh mikropengawal untuk mengawal
kecerahan lampu. Kaedah kawalan, pengaturcaraan, perkakasan dan perisian pelaksanaan
dan penilaian telah digunakan untuk membangunkan projek ini. Sistem pencahayaan yang
pintar ini juga boleh digunakan dalam pawagam, bilik persidangan, bilik mesyuarat atau
tempat yang tahap pencahayaan perlu dikawal dan diselaraskan supaya dapat mengelakkan
pembaziran penggunaan tenaga elektrik.
_______________________________________________________________________________________________________
A smart lighting system which is able to detect the presence of human and
automatically adjust the lighting level according to human activities is designed for the
purpose of energy saving. In this project, an OMRON D6T-44L-06 thermal sensor is used
to detect the presence of human in lecture hall and automatically adjust the intensity of light
according to lecturer teaching mode. Basically there is a main light in lecture hall that need
to be controlled and the intensity of front light that need to be adjusted. A LDR sensor is
used to detect the presence of light from the lens of projector and dim the front light so that
students are able to see the slide clearly. An Arduino Mega 2560 microcontroller is used to
interface between sensors and lighting and it is programmed using C programming
language. A dimmer circuit is also used with microcontroller to control the intensity of a
240V, 60W lamp. PWM control method is used by the microcontroller to control the
brightness of the lamp. A system methodology for system design, hardware implementation,
software programming and system evaluation are followed in this project. The smart
lighting system is also applicable in movie theater, conference room, meeting room and
places where the lighting level needs to be controlled and adjusted in order to save energy.