Lampu Jalan Bertenaga Suria adalah sebuah projek yang dapat membantu Pusat
Pengajian Elektrik & Elektronik (SEE) Universiti Sains Malaysia dalam penjimatan kos
elektrik dengan melaksanakan penggunaan sistem PV solar sedia ada. Oleh kerana kos
elektrik grid kebangsaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terus meningkat, sistem
ini berupaya memaksimumkan penjimatan kos untuk SEE. Tenaga solar yang telah dikumpul pada siang hari akan ditukar kepada tenaga elektrik untuk mengecas bateri.
Tenaga elektrik yang telah dicas akan bersambung dan digunakan untuk memberi kuasa kepada lampu kompaun di sekitar kawasan tempat letak kereta SEE pada waktu malam.
Dengan mengambil kira semua aspek penting yang membantu untuk mengoptimumkan penjimatan tenaga elektrik, sistem ini terbukti dapat mengurangkan kos elektrik. Data
sistem seperti penggunaan kuasa oleh beban, kadar pengacasan bateri dan data lain yang
berkaitan diukur. Daripada data yang diukur, pengiraan dan analisis telah dilakukan
untuk menentukan prestasi sebenar sistem. Sambungan pendawaian yang betul antara sistem PV solar dan grid tiang lampu sekitar kawasan tempat letak kereta SEE telah dilaksanakan. Jenis mentol lampu yang sesuai juga telah dipasang pada tiang-tiang
lampu sekitar tempat letak kereta SEE. Jenis mentol lampu ini memakan kuasa elektrik dengan kadar yang tidak terlalu tinggi dan menghasilkan kadar penglihatan yang sesuai pada waktu malam. Hasilnya, pelaksanaan sistem ini dapat menjimatkan sebanyak RM
462.86 bagi kos bil elektrik bulanan yang ditanggung oleh SEE.
_______________________________________________________________________________________________________
Solar Powered Street Lights is a project that can help Universiti Sains Malaysia School of Electrical & Electronic (SEE) in electricity cost savings by implementing the use of existing solar PV system. Because the cost of electricity to the national grid Tenaga Nasional Berhad (TNB), which continues to increase, the system is able to maximize cost savings for SEE. Solar energy collected during the day will be converted into electricity to charge the battery. Electricity charged will be connected and used to power the lights around the SEE parking area at night. Taking into account all important aspects that help to optimize energy saving, this system is proven to reduce electricity costs. System data such as the power consumption by the load, battery charging rates,
and other relevant data is measured. From the measured data, calculations and analysis were performed to determine the actual performance of the system. Proper wiring
connections between solar PV systems and light poles grid around the SEE parking lot
have been executed. Appropriate types of light bulbs have also been installed on light poles around the SEE parking lot. This type of light bulbs consumes electricity at a rate that is not too high and generate an appropriate level of visibility at night. As a result, the implementation of this system could save as much as RM 462.86 for the cost of monthly electricity bills incurred by the SEE.