Transmitan-transmitan "Lumped' antara nod sumber (source) dan nod tenggelam (sink) dalnm Graf Aliran Isyarat (SIGNAL FLOW GRAPH -SFG) akan diperolehi dengan teknik mengenakan secara berulangkali satu set PERATURAN-PERATURAN (RULES) bagi menyingkir nod-nod di dalam graf sehingga hanya tinggal nod sumber dan nod tenggelam dan transmitam antraranya. Kaedah ini tidak sesuai bagi aturcara dalam prosedur biasa seperti FORTRAN atau PASCAL juga bagi PERATURAN MASON atau kaedah ABRAHAM/MUNRO SALEHT. Kaedah matrik transmitan telah digunakan dengan bantuan kemundahan komputer bagi mendapatkan transmitan graf aliran isyarat- Untuk itu, dalam kajian ini, akan ditunjukkan menunjukkan secara manual kaedah penqurangan-nod (node-reduction) secara mudahnya boleh dikodkan didalam bahasa berasaskan peraturan (rule-based language) seperti PROLOG.