A comparison between levenberg-marquardt (lm) intelligent system and bayesian regularization (br) intelligent system for flow regime classification / Mohamad Iqbal Sa'ad
Projek ini dilaksanakan untuk membuat perbandingan di antara Sistem Kecerdikan Buatan Levenberg-Marquardt (LM) dan Sistem Kecerdikan Buatan Bayesian Regularization (BR) dari segi prestasi, tempoh pembelajaran serta output yang dihasilkan oleh kedua-dua sistem kecerdikan buatan ini melalui masalahan pengklasifikasian. Perbandingan ini dibuat adalah untuk membantu di dalam pemilihan algoritma pembelajaran untuk penyelesaian masalah. Masalah pengklasifikasian dihasilkan menggunakan proses Tomografi Kemuatan Elektrik (TKE) yang menyediakan data bagi mengenalpasti rejim-rejim aliran minyak di dalam saluran penghantaran. TKE mengenalpasti kemuatan bendalir yang berbeza dan seterusnya menghasilkan data untuk proses pengklasifikasian ini. Perseptron Berbilang Lapisan (MLP) merupakan bentuk Rangkaian Neural Buatan (RNB) yang biasa digunakan untuk masalah pengklasifikasian dibina dengan menggunakan perisian MATLAB 7®. Perbandingan yang dilaksanakan akan menunjukkan bahawa algoritma pembelajaran LM adalah algoritma yang lebih pantas berbanding algoritma pembelajaran BR manakala algoritma pembelajaran BR mampu membina sebuah sistem kecerdikan buatan yang lebih bagus dari segi prestasi keseluruhan sistem.
______________________________________________________________________________________
The purpose of this project is to study the performance, leaning time and, output of Levenberg-Marquardt (LM) intelligent system and Bayesian Regularization (BR) intelligent system through a classification problem. These studies will help in choosing the right training algorithm for classification problem involved. These intelligent systems have to classify flow regimes in a closed line with the data are provided by Electrical Capacitance Tomography (ECT). ECT measured the different capacitance value of fluid and produced the data for the classification problem. Multilayed Perceptron (MLP), a type of artificial neural network (ANN) which is widely used in a classification problem is developed using MATLAB 7®. The comparison made showed that LM learning algortihm is a faster training algorithm compared to BR training algorithm meanwhile BR learning algorithm capable of building a superior intelligent system in term of the overall system performance.
A comparison between levenberg-marquardt (lm) intelligent system and bayesian regularization (br) intelligent system for flow regime classification / Mohamad Iqbal Sa'ad