(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian pencemaran udara di kawasan Bandar Parit Buntar

Kajian pencemaran udara di kawasan Bandar Parit Buntar / Fauzi Ramli
Pada masa dahulu pencemaran adalah merupakan sesuatu perkara yang tidak dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, beberapa tahun kebelakangan ini isu pencemaran adalah perkara yang selalu diperkatakan dan ia menjadi isu yang semakin hangat. Sesunguhnya paras pencemaran di sesetengah kawasan adalah dalam keadaan terkawal namun sesetengah kawasan telah pun mengalami keadaan yang kritikal. Masalah pencemaran ini tidak hanya berlaku di negara- negara maju seperti di Amerika Syarikat, Jepun, namun begitu negara-negara yang sedang membangun turut mnegalami masalah yang sama. Berikutan dari pembangunan yang semakin pesat terutama selepas merdeka, masalah pencemaran di Malaysia mula meningkat dan semakin membimbangkan. Dengan pertumbuhan kenderaan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, masalah pencemaran udara menjadi lebih serius. Maka sebagai contohnya untuk mengatasi masalah ini, negara- negara maju telah menggantikan penggunaan petrol dan diesel sebagai bahan bakar kenderaan kepada penggunaan bateri sebagai kuasa penggerak kenderaan. Ini adalah merupakan salah satu langkah untuk mengurangkan kadar pencemaran sekali gus untuk mengurangkan pergantungan terhadap bahan api yang semakin kehabisan. Oleh yang demikian, laporan ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pencemaran dan akan memfokuskan kepada pencemaran udara yang berlaku di Parit Buntar. Selain itu, laporan ini turut membincangkan beberapa perkara seperti punca-punca pencemaran, kesan-kesan pencemaran dan juga langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mengurangkan kadar pencemaran. Diharapkan laporan ini dapat memberikan gambaran jelas tentang pencemaran yang khususnya berlaku di bandar Parit Buntar,Perak. _______________________________________________________________________________________________________ Long time ago, pollution are not an important thing in our daily lifes. Even though is was not an issue in those times but in a few years back it was much talk about and is a hot issue. Pollution level in certain places are under control but at other places it is in a critical condition. Pollution problem is not only faced by developed country such as United States and Japan but also in countries that is developing. Fast paced developement especially after independence, polution is arising and in a worry state. With the increase of vehicles from year to year, air pollution has reach a serious state. To encounter this problem, for example, developed countries have change the use of petrol and diesel to battery as energy for vehicles. This is one of the steps taken to reduce pollution and to change the use of petrol that is depleting. Therefore, this report discuss a few things about pollution and will focus on air pollution in Parit Buntar. Furthermore, this report also disscusses on source of pollutions, it’s effects and mitigation steps taken to induce pollution. It is hoped that this report will give a good overview about pollution especially in Parit Buntar,Perak.
Contributor(s):
Fauzi Ramli - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875000169
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
pollution; critical; condition
First presented to the public:
4/1/2002
Original Publication Date:
11/2/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 136
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-11-02 16:50:12.992
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian pencemaran udara di kawasan Bandar Parit Buntar1 2020-11-02 16:50:12.992