Kaedah olahan fizikal menggunakan campuran media zeolit dan batu kapur dalam menyingkirkan cod dan warna dari larut lesapan semi-aerobik tapak pelupusan Pulau Burung
Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan warna merupakan di antara parameter larut
lesapan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Di negara kita, kajian terhadap
rawatan larut lesapan adalah terhad, terutamanya rawatan secara penjerapan. Teknik
rawatan larut lesapan melalui kaedah kimia dan biologi menelan belanja yang besar
dan sehingga kini masih belum terbukti boleh mencapai standard yang ditetapkan.
Beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini telah membuktikan bahawa kaedah
olahan fizikal seperti penggunaan arang kayu dan batu kapur mampu menangani
tahap pencemaran larut lesapan. Kajian yang dijalankan ini adalah berkisar kepada
penggunaan campuran media zeolit dan batu kapur dalam olahan fizikal untuk
menyingkirkan COD dan warna dari larut lesapan semi-aerobik di Tapak Pelupusan
Pulau Burung (TPPB). Pencampuran di antara batu kapur dan zeolit menguntungkan
kerana kos batu kapur adalah rendah. Ujikaji-ujikaji kelompok telah dilakukan seperti
penentuan masa-masa pengoncangan dan masa pengenapan yang optimum, halaju
kocakan (rpm), campuran optimum zeolit dan batu kapur, isoterma penjerapan serta
penentuan mekanisma penyingkiran secara penjerapan melalui ujikaji kinetik.
Dengan menggunakan masa pengoncangan dan pengenapan masing-masing selama 2
jam dengan halaju kocakan 300 rpm, keputusan ujian menunjukkan bahawa campuran
zeolit dan batu kapur pada nisbah 25:15 mampu menyingkirkan sebanyak 15% COD
dan 50% warna. Isoterma penjerapan Freundlich menunjukkan bahawa nilai 1/n dan
kf bagi ujikaji COD masing-masing ialah 11.292 dan 2124. Nilai 1/n dan kf bagi
warna pula ialah ialah -2.2232 dan 10x10-6. Penjerapan kimia berlaku dalam
penyingkiran COD dan warna kerana graf yang terhasil memenuhi hukum kinetik
kedua, di mana nilai R2 bagi COD dan warna adalah masing-masing 0.937 dan
0.9927.
_______________________________________________________________________________________________________
COD (Chemical Oxygen Demand) and color are among the main leachate parameter
that may pollute the environment. There are limited studies in Malaysia on leachate
treatment, especially by adsorption. Biological and chemical treatments are costly
and to date no prove has been reported on their ability to achieve the standard.
Previous research has indicated that physical treatments by using charcoal and
limestone were capable of attenuating leachate pollution. This present research was
carried to study the efficiency of physical treatment by using a mixture of both
zeolites and limestone to remove color and COD in leachate generated from Pulau
Burung Landfill Site (PBLS). The mixture between limestone and zeolite is
advantageous as the cost of limestone is cheaper. Batch studies were conducted in
laboratory to analyze the optimum shaking and settling times, shaking speed (rpm),
optimum mixture of both materials (zeolites and limestone), isotherms and the
adsorption mechanism. By using two hours of shaking and settling times, shaking
speed of 300 rpm, the results showed that the combination of both zeolites and
limestone at a mixture ratio of 25 : 15 was able to remove 15 % COD and 50 % color
from leachate. Adsorption isotherm gave the values of 1/n and kf for COD as 11.292
and 2124, respectively while the values of 1/n and kf for color were -2.2232 and
10x10-6, respectively. Results also indicated that the removal of COD and color was
due to chemical sorption, following the pseudo second order kinetic with R2 values
for COD and color 0.937 and 0.9927, respectively.
Kaedah olahan fizikal menggunakan campuran media zeolit dan batu kapur dalam menyingkirkan cod dan warna dari larut lesapan semi-aerobik tapak pelupusan Pulau Burung