Kejadian tanah runtuh dan fenomena yang berkaitan dengan ketidakstabilan cerun
telah memberi kesan kepada banyak kawasan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Bertahun-tahun lamanya, kejadian tanah runtuh telah menjadi suatu perkara biasa di
Malaysia. Bilangan kematian yang tinggi dan kehilangan ekonomi telah dilaporkan, kesan
daripada kejadian bencana alam ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada taburan
keberintangan elektrik di cerun yang terletak di Km 50.0, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Umumnya, kawasan kajian terletak di atas kawasan tanah baki kepada tanah granit
terluluhawa tinggi, berpunca daripada proses luluhawa berkeamatan tinggi oleh “Feringghi
Granite”. Kaedah “2-D Resistivity Imaging” telah digunakan untuk menghasilkan imej
taburan keberintangan elektrik di kawasan kajian. Kaedah ini mampu mengenalpasti
kehadiran air dan juga mengesan banyak ciri-ciri geologi bawah tanah. Tiga garis tinjauan
telah dibuat bersudut tegak dengan bahagian cerun yang telah dipotong untuk tujuan
pengambilan data. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kehadiran batu bongkah, zonzon
lemah, zon-zon retak dan rekahan telah dikesan di kawasan kajian. Selain itu, satu
kawasan jangkaan tanah runtuh telah dikenalpasti di salah satu garis tinjauan berdasarkan
ciri-ciri keberintangan yang ditunjukkan. Ini telah menandakan bahawa kaedah “2-D
Resistivity Imaging” merupakan suatu kaedah yang efektif dalam menjalankan penyiasatan
terhadap kestabilan cerun.
_______________________________________________________________________________________________________
Landslides and related slope instability phenomena affects many parts of the world
including Malaysia. For many years, landslide is a common occurrence in Malaysia. As a
result of this disastrous phenomenon, large number of death and economic losses were
reported. This study focuses on the electrical resistivity distribution on a cut slope located
at Km 50.0, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Generally, the study area is overlyaid by thick
profile of highly weathered to residual soil of granitic, resulting from intense in-situ
weathering of Feringghi Granite. A 2-D Resistivity Imaging is used in mapping the
electrical resistivity distribution at the study area. Electrical resistivity imaging can help in
identifying the presence of water and other geological features underneath the ground.
Three survey lines were established perpendicular to the cut slope (berm) for data
acquisition purposes. Result shows that the presence of core boulders, weak zones,
fractured zones and cracks detected on the study area. Besides this, a landslide is predicted
to happen in one of the survey lines based on its resistivity features. This implies that the
2-D Resistivity Imaging method is an effective technique for slope stability investigation.