(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Secure communication using c++ programming and rf module

Secure communication using c++ programming and rf module / Lim Chong Han
Teknologi wayales sering digunakan kerana telah membawa banyak kemudahan dan tidak memerlukan wayar. Dengan perkembangan teknologi wayarles, kegunaan wayarles semakin meningkat. Keadaan ini membawa kepada komunikasi yang tidak selamat dan terbuka serta mengancam keselamatan komunikasi. Pelbagai maklumat mudah diperolehi oleh pihak musuh atau lawan. Dengan itu, perhubungan data yang selamat amat penting pada zaman sekarang. Terdapat satu kaedah kriptografi yang amat popular digunakan dalam perbuhungan yang selamat iaitu Enkripsi. Enkripsi adalah proses penukaran data ke dalam bentuk tidak boleh dibaca dan ia tidak boleh dibaca oleh pihak-pihak yang tidak dibenarkan. Hanya pihak yang diberi kebenaran mempunyai kunci penyulitan untuk menyahsulit data. Enkripsi adalah sukar digodam dan amat selamat sama ada dalam komunikasi tanpa wayar atau berwayar. Enkripsi terbahagi kepada dua kategori iaitu simetrik dan asimetrik. Enkripsi simetrik juga dikenali sebagai Enkripsi Kunci Rahsia yang menggunakan kunci rahsia untuk menukar kandungan di dalam teks mesej. Caranya mungkin semudah menambah atau penolakan setiap huruf oleh kunci rahsia. Penghantar dan penerima boleh menyulitkan dan menyahsulit semua mesej dengan menggunakan kunci rahsia yang hanya diketahui oleh mereka berdua. Enkripsi asimetrik juga dikenali sebagai Enkripsi Kunci Awam yang menggunakan kunci persendirian untuk menyahsulit mesej dan kunci awam untuk menyulitkan mesej. Sesiapa sahaja boleh memperoleh kunci awam tetapi hanya penerima sahaja mempunyai kunci persendirian itu sebagai rahsia. Mana-mana mesej hanya boleh disulitkan dengan menggunakan kunci awam dan hanya boleh didekripsi dengan menggunakan kunci persendirian yang padan dengan kunci umum. Selain itu, terdapat banyak jenis teknik tanpa wayar seperti Radio Frequency (RF) modul, WiFi, Bluetooth dan inframerah. RF Modul adalah lebih murah dan ringkas berbanding dengan modul wayarles lain. RF modul biasanya digunakan dalam sistem kawalan tanpa wayar dan penghantaran data. Oleh kerana modul RF menggunakan protocol Universal Asynchronous Receiver & Transmitter (UART), penukar Universal Serial Bus (USB) ke UART telah digunakan untuk menyambung RF modul ke komputer. Penukar USB ke UART menukarkan data siri Recommended Standard 232 (RS232) ke data UART. Kajian ini memberi tumpuan dalam rekaan teknik Enkripsi dengan menggabungkan kedua-dua teknik semasa (Kaisar Cipher dan Exclusive-OR logic gate (XOR) Enkripsi). Selain itu, teknik menghantar atau menerima data yang telah dienkripsi dengan menggunakan RF modul juga diberi tumpuan. Seluruh sistem ini dilaksanakan dengan menggunakan Visual C++ Console dan Aplikasi berbentuk Windows. _______________________________________________________________________________________________________ Wireless technology is widely used because it is convenient and without any wires. With high development of wireless communications technology, the number of wireless usage increase tremendously. It brings an unsecure and openness communication and a serious security threat for communication parties. Many types of information can be easily eavesdropped by adversaries (unauthorized party), thus secure communication is very important nowadays. There is a popular Cryptography method used in secure communication which is Encryption. Encryption is the process that converts data into unreadable form and cannot be read by unauthorized parties. Only authorized parties who have the encryption key are able to decrypt the data. Encryption is hard to hack and very secure in either wireless or wired communication. Encryption is divided in two categories which are Symmetric and Asymmetric. Symmetric encryption which also known as Secret Key Encryption, used a secret key to change the content in a message text. This might be as simple as adding or subtraction of each letter by secret key. Sender and recipient can encrypt and decrypt all messages using secret key that only known by both of them. Asymmetric Encryption also known as Public Key Encryption used a private key to decrypt the message and a public key which to encrypt the message. Anyone can know the public key but only recipient can keep the private key as secret. Any message that encrypted by using the public key can only be decrypted by using secret key that matching public key. In the other hand, there are many types of wireless techniques such as Radio Frequency (RF) module, Wifi, Bluetooth and infrared. RF modules are cheaper and simpler compared to other wireless module. RF module usually is used in wireless controlling system and data transmission. Due to RF module using Universal Asynchronous Receiver & Transmitter (UART) protocol, Universal Serial Bus (USB)-to-UART converter is used to connect RF module to the computer, whilst the USB-to-UART converter converts the Recommended Standard 232 (RS232) serial data to UART data. The research is focused in two main parts, which are designs of encryption technique by combining the two current techniques (Caesar Cipher and Exclusive-OR logic gate (XOR) Encryption) and the technique of sending or receiving encrypted data by using RF module. The secure communication program is implemented using Visual C++ console and windows forms application.
Contributor(s):
Lim Chong Han - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005148
Language:
English
Subject Keywords:
Wireless; unsecure; communication
First presented to the public:
6/1/2013
Original Publication Date:
11/6/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 133
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-11-29 16:17:25.311
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Secure communication using c++ programming and rf module1 2019-11-29 16:17:25.311