Asid ferulik adalah sumber untuk penghasilan vanilin, sejenis bahan kimia yang digunakan secara meluas dalam industri pemakanan. Permintaan dunia terhadap vanillin menyebabkan asid ferulik yang wujud dalam dua jenis, iaitu semulajadi dan sintetik menjadi pilihan pengusaha industri. Disebabkan itu, penghasilan asid ferulik adalah kritikal kerana asid ferulik yang dihasilkan secara semulajadi adalah begitu mahal. Maka, asid ferulik sintetik menjadi cara yang diusahakan oleh ramai jurutera kimia dan saintis untuk mengurangkan kos penggunaan asid ferulik sebagai bahan mentah untuk kilang mereka. Penghasilan asid ferulik daripada daun tebu merupakan salah satu cara alternatif dalam menghasilkan asid ferulik sintetik dan pengoptimuman keadaan adalah cara terbaik untuk memaksimumkan penghasilan asid ferulik dalam setiap proses. Pengoptimuman untuk mengekstrak asik ferulik adalah melalui tiga keadaan iaitu kepekatan natrium hidroksida, masa untuk pengekstrakan, dan juga berat daun telah dikaji. Didapati keadaan optimum adalah kepekatan NaOH adalah 3.00 M, 7 jam masa pengekstrakan dan 5 gram daun tebu digunakan untuk menghasilkan asid ferulik secara maksimum iaitu 3.033 gram per liter sampel. Ini membuktikan bahawa asid ferulik boleh dihasilkan menggunakan daun tebu, malahan daun tebu yang sering dijadikan bahan buangan dapat menjana ekonomi Malaysia sebagai salah satu pengeluar gula terbesar di Asia Tenggara.
_______________________________________________________________________________________________________
Ferulic acid is one of the raw materials to produce vanillin, a chemical species that is used widely in foods industry. World demands of vanillin have made the ferulic acid which available in two types; natural and synthetic made ferulic acid as the main choice for industrial vanillin producer. Because of that, production of ferulic acid become critical, and due to the fact natural ferulic acid is expensive than synthetic ones. Thus, synthetic ferulic acid becomes the choice for many chemical engineers and scientists to decrease the cost of buying ferulic acid for their factory. Production of ferulic acid from sugarcane leaves is one of the alternative ways to produce synthetic ferulic acid and optimization is the best way to maximize the output for each production of ferulic acid. In this research, it is known that the optimal condition for extracting ferulic acid is 3.00 M of NaOH, 7 hours of extraction and 5.00 grams of sugarcane leaves can produce the maximum amount of 3.033 g/L of ferulic acid can be achieved. This case proved that ferulic acid can be produced by sugarcane leaves, and the leaves itself that have been treated as the crop waste can be converted into Malaysia’s economic growth generator as one of the leading sugar producers in Southeast Asia.