(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Software development for regional detention pond design using visual basic 6.0 - case study on sungai air salak catchment-

Software development for regional detention pond design using visual basic 6.0 - case study on sungai air salak catchment- / Ong Boon Heng
Pada masa kini, kolam tahanan digunakan dengan meluas untuk membantu dalam mengawal masalah banjir kerana sumbangan kapasitinya untuk menyimpan air larian permukaan tambahan yang disebabkan oleh pembangunan. Tatacara untuk membuat anggaran dan penghalaan hidrograf rekabentuk telah disediakan dalam Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA). Walaubagaimanapun, kompleksiti pengiraan dan bilangan hidrograf yang perlu dianggarkan dan dihalakan melalui basin membuatkan pengiraan secara manual adalah sukar dan memakan masa yang lama. Oleh yang demikian, kajian dijalankan untuk membangunkan suatu permodelan berkomputer menggunakan Visual Basic 6.0 untuk memudah dan mempercepatkan proses rekabentuk. Bagi tujuan membangunkan suatu permodelan berkomputer, kolam tahanan di kawasan tadahan Sungai Air Salak dianalisis dan direkabentuk. Kajian ini memberi tumpuan kepada kolam tahanan jenis serantau di mana ia mampu memberikan kapasiti penyimpanan yang memuaskan bagi kawasan tadahan yang lebih daripada 80 hektar. Dalam rekabentuk kolam tahanan jenis serantau, kaedah Luas - Masa digunakan untuk mendapatkan hidrograf aliran masuk bagi pra-pembangunan dan pasca-pembangunan. Manakala kaedah indikasi storan diaplikasikan untuk mendapatkan saiz kolam serta struktur alur keluar. Melalui kajian dan proses rekabentuk yang dijalankan, suatu permodelan berkomputer yang mudah digunakan serta mesra pengguna telah dihasilkan. Tambahan pula, ianya mampu menghasilkan suatu rekabentuk kolam tahanan yang efektif tanpa perlu merujuk kepada MSMA serta merekabentuk secara manual. _______________________________________________________________________________________________________ Nowadays, detention ponds are widely used in controlling flood due to its capacity in storing the additional surface runoff generated from development. The procedures for the estimation and routing of design hydrographs are presented in the Urban Stormwater Management Manual for Malaysia (MSMA). However, the complexity of the calculations and the number of hydrographs that need to be estimated and routed through the basin makes manual calculation methods very wearisome and time consuming. Thus, this study was carried out to develop a computerised modelling using Visual Basic 6.0 to ease and speed up the design process. In order to develop a computerised modelling of a detention pond, the catchment’s area of the Sungai Air Salak was analysed. The study focused on the use of a regional detention pond which can provide satisfactory storage on catchments of more than 80 hectares. In regional detention pond design, Time-Area Method was used to obtain the inflow hydrograph for pre-development and post-development whereas Storage Indication Method was applied to design the pond size as well as the outlet structures. From the study and design that were carried out, a simple and user friendly computer modelling was developed. This system is easy to use and is able to provide an effective detention pond design without having to go through MSMA and design it manually.
Contributor(s):
Ong Boon Heng - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002753
Language:
English
Subject Keywords:
detention; ponds; flood
First presented to the public:
4/1/2006
Original Publication Date:
9/9/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 128
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-09 15:33:26.371
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Software development for regional detention pond design using visual basic 6.0 - case study on sungai air salak catchment-1 2020-09-09 15:33:26.371