Dasar tidak seragam adalah jenis dasar yang dominan dalam saluran
semulajadi yang mempunyai dasar berkerikil. Makroinvertebrata adalah organisma
yang pertama akan mendiami saluran yang baru dipulihara. Kajian ini meneroka
habitat dari segi fizikal dan hidraulik bagi saluran semulajadi dengan dasar bersusun
atur jeram-kolam, terutamanya variasi dari segi tingkah laku hidraulik di atas
permukaan dasar yang berbeza-beza. Maklumat daripada kawasan kajian di hilir
Sungai Batu Sebelah di mana sungai tersebut telah dipulihara telah digunakan untuk
mengambarkan kaedah pendekatan kajian ini. Suatu model hidrodinamik telah
dicipta untuk mencerminkan aliran dasar bagi kawasan saluran kajian. Model
hidrodinamik tersebut telah berjaya dikalibrasi dengan nilai pemalar hubung-kait R =
0.991 di hulu saluran, dan nilai pemalar hubung-kait R = 0.994 di hilir saluran.
Pengesahan untuk model hidrodinamik tersebut telah menemukan hubung-kait di
antara nilai-nilai dari model hidrodinamik tersebut adalah sangat hampir dengan
nilai-nilai dari pengiraan secara manual, dengan nilai pemalar hubung-kait R = 0.999
hingga R = 1. Data biotik menunjukkan makroinvertebrata yang sensitif terhadap
pencemaran dari order Ephemeroptera, Plecoptera, dan Trichoptera (EPT) seperti
Baetis sp., Caenis sp., Heptageniidae, Leptophlebiidae, dan Hydropsyche sp. telah
ditemukan di kawasan kajian. Data biotik tersebut mengesahkan bahawa kualiti air di
hulu kawasan kajian berada dalam Kelas II seperti yang ditujukkan melalui Indek
Kualiti Air di dalam Interim Standard Kualiti Air Kebangsaan, yang mana kualiti air
tersebut dikelaskan sebagai sesuai untuk spesies haiwan akuatik yang sensitif. Nilainilai
tekana ricih daripada model hidrodinamik telah diuji terhadap nilai-nilai tekana
ricih yang digemari oleh makroinvertebrata yang ditemukan di kawasan kajian.
Hasilnya menunjukkan bahawa kewujudan makroinvertebrata tersebut adalah
berkaitan secara langsung dengan keadaan hidraulik berhampiran-dasar dimana
makroinvertebrata tersebut tinggal.
_______________________________________________________________________
Spatially heterogeneous bed is a dominant bedforms in gravel-bed channel of
natural channels. Macroinvertebrates are among the first organism to resettle in
newly rehabilitated channel. This study explores the macroinvertebrates distribution
in relation with physical habitat and hydraulic properties of riffle–pool bedforms,
particularly the variations in hydraulic performance on different bed oscillation
morphologies. Information from the study reach at downstream of Sungai Batu
Sebelah where the river was rehabilitated was used to illustrate the approach of this
study. A hydrodynamic model was developed to reflects base flow discharge of the
study reach. The hydrodynamic model have been sucessfully calibrated with
correlation coefficient R = 0.991 at the upstream, and correlation coefficient R =
0.994 at the downstream. Validation for the model have found the correlation
between the model predicted values are very close with the values from field
measurement and calculational approach, with value of correlation coefficient R =
0.999 to R = 1. Biotic data shows pollution sensitive makroinvertebrata from the
order of Ephemeroptera, Plecoptera and Trichoptera (EPT) such as Baetis sp., Caenis
sp., Heptageniidae, Leptophlebiidae, dan Hydropsyche sp. were found at the study
reach. The biotic data confirmed that the water qualirt at the upstream of the study
reach to be in Class II as showed through Water Quality Indeks in the Interim
National Water Quality Standard , which the water quality was classed as suitable for
sensitive aquatic species. Values of shear stress from the hydrodynamic model were
tested against the preferred shear stress by the macroinvertebrates that were found at
the study reach. Result shows that the existence of benthic macroinvertebrates is
associated with the hydraulics condition in which the organisms makes its home.