Kajian tentang kesan penambahan ammonium dan nitrit terhadap rawatan anaerobik untuk efluen kilang kelapa sawit telah dilaporkan. Kandungan nutrien iaitu nisbah COD:N:P yang optimum dalam rawatan anaerobik air sisa yang telah dicadangkan adalah 250: 5: 1. Walau bagaimanapun, kandungan nutrien dalam POME tidak optimum untuk rawatan anaerobik. Nutrien yang mencukupi diperlukan untuk mendapatkan rawatan air sisa yang berkesan. Pengeluaran asid lemak meruap (VFA) yang merupakan produk penting dari rawatan anaerobik mungkin terjejas dengan kandungan nutrien yang tidak mencukupi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan untuk menambahkan ammonium dan nitrit bagi meningkatkan kandungan nitrogen dalam POME. Secara teorinya, kehadiran nitrit boleh menyebabkan perencatan methanogenesis dalam rawatan anaerobik. Oleh itu, kesan penambahan ammonium dan nitrit pada rawatan anaerobik POME dengan memasukkan sumber nitrogen yang berlainan disiasat dalam kajian ini. Tiga set eksperimen kumpulan telah dijalankan dengan menggunakan rawatan anaerobik POME dari reaktor utama iaitu SBR dan masing-masing dimasukkan dengan air terion (Reaktor 1), ammonium bikarbonat (Reaktor 2) dan efluen separa nitrifikasi (Reaktor 3). Semua reaktor ini telah beroperasi dengan jumlah isi padu 1 liter dan jumlah nisbah pertukaran 20% dengan 5 hari SRT reaktor. Hasil kajian menunjukkan penambahan nitrit dalam rawatan anaerobik POME telah mengurangkan penyingkiran ammonium dan biomas aktiviti yang seterusnya membawa kepada penurunan penyikiran COD. Penambahan efluen separa nitrifikasi menghalang pertumbuhan mikrob dalam reaktor 3 dan menghasilkan pengeluaran VFA yang rendah. Walau bagaimanapun, penambahan ammonium dalam rawatan air sisa biologi boleh meningkatkan pertumbuhan biojisim. Pertumbuhan biojisim yang semakin meningkat dalam reaktor 3 akan meningkatkan kecekapan rawatan anaerobik. Oleh itu, penambahan ammonium untuk meningkatkan tahap nitrogen dalam air kumbahan adalah sumber nitrogen sesuai untuk POME tetapi bukan untuk nitrit.
_______________________________________________________________________________________________________
A study of effect of nitrite on anaerobic treatment of palm oil mill effluent (POME) was reported. The optimum nutrient content which is COD:N:P ratio in anaerobic treatment of wastewater was suggested to be 250:5:1. However, nutrient content within POME was not optimal for anaerobic treatment. Adequate nutrients are required to get the effective treatment of waste. The production of Volatile Fatty Acid (VFA) which is important product from anaerobic treatment might be affected with the insufficient nutrient content. Hence, this study suggested that to add nitrite and ammonium in order to increase the nitrogen content within the POME. Theoretically, the presence of nitrite can cause the inhibition of methanogenesis in anaerobic treatment. Therefore, effect of ammonium and nitrite addition on the anaerobic treatment of POME by feeding different source of nitrogen was investigated in this research. Three sets of batch reactors experiments were carried out using the anaerobic treatment of POME from parent reactor which is SBR and fed with ionized water (Reactor 1), ammonium bicarbonate (Reactor 2) and partial effluent of nitrification (Reactor 3) respectively. All these reactors were operated at 1 L working volumeand volume exchange ratio of 20% with 5 day SRT of reactors. The results revealed that addition of nitrite in anaerobic treatment of POME reduce the ammonium removal and biomass activity which in turn leads to lower COD removal. Addition of partial effluent of nitrification inhibits the microbial growth in the Reactor 3 and result in low production of VFA. While addition of ammonium in the wastewater biological treatment can enhance the biomass growth. The increasing biomass growth in Reactor 3 will increase the efficiency of anaerobic treatment. Hence, addition of ammonium in order to increase the nitrogen level in the wastewater is a suitable nitrogen source for POME but not for nitrite.