(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Analisis dan rekabentuk dewan serbaguna mahkamah Kuala Terengganu berasaskan binaan struktur kerangka portal

Analisis dan rekabentuk dewan serbaguna mahkamah Kuala Terengganu berasaskan binaan struktur kerangka portal / Syed Mohd Syawal Syed Ahmad
Struktur binaan kerangka portal biasanya digunakan bagi membina bangunan yang mempunyai panjang bukaan rentangnya yang besar. Kerangka portal ini biasa digunakan dalam pembinaan kilang, gudang, dewan dan hangar pesawat. Kerangka portal amat sesuai bagi bangunan-bangunan seperti ini kerana mempunyai ruang atas yang besar dan lapang. Walaupun kos pembinaannya adalah tinggi, namun kerja-kerja pembinaan struktur ini adalah lebih mudah. Bagi projek pembinaan dewan serbaguna mahkamah Kuala Terengganu, kerangka portal menjadi pilihan sebagai struktur utamanya. Bukaan rentang dewan ini adalah sepanjang 25.2m dengan ketinggian 16.1m dan panjang 41m. Selain daripada beban mati dan beban hidup, beban angin turut dipertimbangankan dalam analisis kerangka portal dewan ini. Pertimbangan beban angin adalah berdasarkan MS 1553 : 2002 dan BS 6399 : Part 2 : 1995. Pertimbangan ini penting kerana keadaan angin di Malaysia adalah berbeza daripada negara-negara lain seperti di Eropah. Analisis kerangka portal adalah dibantu dengan perisian komputer Structural Analysis (Aslam Kassimali, 1999) bagi mendapatkan tindakbalas daya dan momen di penyokong. Dua kaedah digunakan dalam merekabentuk kerangka portal dewan ini bagi mendapatkan saiz keratannya iaitu secara manual dan dengan menggunakan perisian komputer S-Frame. Sementara itu, rekabentuknya adalah menurut kod amalan BS 5950 : Part1 : 2000. Keputusan kajian menunjukkan bahawa saiz keratan yang diperolehi daripada pengiraan secara manual ialah 838 X 292 X 176 kg UB dan dengan menggunakan S-Frame pula ialah 914 X 419 X 343 kg UB. _______________________________________________________________________________________________________ Generally, portal frame structures are used in the construction of a long span building such as industrial building, warehouse, hall and hangar. Portal frame is suitable for the buildings because its have large space at the top. Although it is relatively expensive, but the portal frame is quite easy to construct. The hall of Kuala Terengganu court has been chosen as a case study. The hall is 25.2m span with 16.1m height and 41m long. The loads applied to the portal frame are dead load, live load and wind load. The wind load are according to MS 1533 : 2002 and BS 6399 : Part 2 : 1995. The wind load considerations are very important because wind pressure in Malaysia are different than others countries in Europe. Analysis portal frame were carried out by computer software called Structural Analysis (Aslam Kassimali, 1999) to get the reactions and the moments at the supports. Two methods are used in the design of the portal frame to get the size of sections. The methods are manually and S-Frame computer software. The structural steel design were refer to BS 5950 : Part 1 : 2000. Result shows that the size of section from manually calculation are 838 X 292 X 176 kg UB and S-Frame software is 914 X 419 X 343 kg UB.
Contributor(s):
Syed Mohd Syawal Syed Ahmad - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001956
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
frame; long; building
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/22/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 81
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-22 16:30:48.011
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Analisis dan rekabentuk dewan serbaguna mahkamah Kuala Terengganu berasaskan binaan struktur kerangka portal1 2020-09-22 16:30:48.011