(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Penghantaran data melalui saluran vhf/Noor Shazrah Binti Mohamad

Penghantaran data melalui saluran vhf_Noor Shazrah Mohamad_E3_2006_NI
Skop kajian projek ini adalah mengenai penghantaran data melalui saluran frekuensi yang sangat tinggi (VHF). Skop kajian yang utama untuk projek ini adalah mencari teknik pengekodan digital yang sesuai dengan radio VHF ini. VHF adalah frekuensi radio yang berada pada julat frekuensi daripada 30MHz hingga 300MHz. Ciri- ciri perambatan frekuensi sangat tinggi (VHF) sangat unggul untuk perhubungan di bumi yang berjarak dekat, dengan satu julat yang secara keseluruhannya lebih jauh berbanding garis nampak daripada penghantar. VHF juga kurang dipengaruhi oleh hingar atmosfera dan gangguan daripada peralatan elektrik berbanding frekuensi –frekuensi rendah. Objektif utama projek ini ialah untuk merekabentuk modem radio frekuensi sangat tinggi (VHF). Untuk mencapai objektif ini maka kajian ilmiah perlu dilakukan terlebih dahulu. Setelah melakukan kajian ilmiah mengenai projek ini, beberapa litar iaitu litar penghantar, litar penerima serta litar unit kawalan boleh direkabentuk. Litar unit kawalan pula perlu diantaramukakan kepada litar pembahagi voltan untuk mendapatkan nilai voltan yang sepadan sebagai masukan data kepada litar pengekod FSK. Selepas itu, litar pengapit digunakan untuk menaikkan nilai voltan DC bagi data masukan berlogik ”0” yang pada awalnya berada pada ofset sifar kepada voltan bernilai 1 volt. Manakala logik ”1” berada pada voltan bernilai 2 volt. Litar-litar direkabentuk menggunakan perisian ORCAD. Setelah keseluruhan litar telah siap direkabentuk maka rekabentuk tersebut akan difabrikasikan ke atas Papan Litar Tercetak (PCB) dan kemudian diuji. ______________________________________________________________________________________ The scope of this project is the data transmission over VHF link. The main emphasise of this project is to find suitable digital modulation technique for VHF transmission. VHF is the radio frequency ranging from 30MHz to 300MHz. VHF frequencies' propagation characteristics are ideal for short-distance terrestrial communication, with a range generally somewhat farther than line-of-sight from the transmitter. VHF is also less affected by atmospheric noise and interference from electrical equipment than low frequencies. The main objective from this project is to design VHF radio modem. Preliminary study need to be carried out to achieve the project objective. After the study the transmitter, receiver and control circuit would be designed. Control circuit is needed to interface with the voltage divider circuit to get the suitable value as data input for FSK encoder circuit. The clamper circuit is used raise the DC voltage level of the input data logic “0” to 1volt. The circuit was designed using ORCAD software. The circuit was fabricated and tested.
Contributor(s):
Noor Shazrah Mohamad - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
digital modulation technique ; VHF transmission.; radio frequency
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
4/17/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 89
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-04-17 17:00:20.532
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Penghantaran data melalui saluran vhf/Noor Shazrah Binti Mohamad1 2019-04-17 17:00:20.532