(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian penjanaan perjalanan lalulintas Taman Pekaka di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Kajian penjanaan perjalanan lalulintas Taman Pekaka di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang / Hazrul Mohd. Hashim
Laporan ini membincangkan hasil penyelidikan yang bertajuk ‘Kajian Penjanaan Lalulintas Taman Pekaka’ di Seberang Prai Selatan Pulau Pinang. Pemerhatian dijalankan terhadap setiap ragam pengangkutan yang masuk dan keluar dari kawasan kajian. Kerjakerja pengambilan data dijalankan terhadap dua jenis hari iaitu hari biasa dan hari perayaan. Kawasan pembangunan yang terlibat di kawasan kajian ialah lawasan pembangunan rumah teres, rumah semi-D dan rumah kedai. Kaedah yang digunakan untuk mengambil data ini ialah kaedah pengambilan data secara manual dan kaedah borang soal selidik dengan penduduk setempat. Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi tujuan mendapatkan corak perjalanan harian dan mengenalpasti waktu puncak aliran lalulintas dalam kawasan kajian. Kaeadah borang soal selidik penduduk tempatan adalah bagi mewujudkan hubungan antara tabiat pembuat perjalanan dengan corak perjalanan . Kajian ini menunjukkan nilai jumlah penjanaan bagi hari biasa adalah tinggi berbanding dengan hari perayaan. Jumlah ini juga menunjukkan kawasan pembangunan rumah teres mencatatkan ragam perjalanan yang tinggi berbanding kawsan pembangunan lain pada dua hari tersebut. Antara sebab perkara ini berlaku dibincangkan di dalam laporan. Selain itu, hasilkajian juga menyumbang kepada penyediaan Manual Penjanaan Perjalanan Malaysia terutama untuk kawasan guna tanah perumahan. Hanya satu sahaja pembolehubah tak bersandar dikaji dalam laporan ini iaitu bilangan unit rumah yang ada di kawasan kajian. Sebagai kesimpulan, kajian ini telah mencapai objektif untuk menyediakan maklumat tambahan bagi Manual Perjalanan Malaysia di samping mengenalpasti ciri-ciri perjalanan dan pemusingan di kawasan perumahan Taman Pekaka. _______________________________________________________________________________________________________ This report discusses and presents the result of a research entitled ‘Trip generation Study in Taman Pekaka’ at Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang. Study was carried out on every entering and exiting trip at the site. Data were collected on two types of day; a weekday and a public holiday. Methods used were; manual classified counts and through questionnaire. These two methods were used in order to establish the trips pattern and also to identify the peak hours of the flow. Questionnaire with residence were conducted especially to get the correlation between travel characteristics and the pattern of trips. Generally, the research shows that the amount of trip generation on the weekday is higher compared to the public holiday. Similar were also found for link haoses which was higher than other development both the public holiday and the weekday. The reason for this finding is discussed in the report. This research has also contributed to updating the Malaysian Trip Generation Manual especially for traffic in Taman Pekaka. Only one independent variable was identified, which is the number of house unit such as link houses, shop houses and semi-D houses. This research has achieved its objectives of providing addition data for the Malaysian Trip generation Manual while establishing the much valued trip pattern and travel bahaviour of Taman Pekaka users.
Contributor(s):
Hazrul Mohd. Hashim - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875000168
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
Trip; generation; Study
First presented to the public:
2/1/2002
Original Publication Date:
10/26/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 86
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-10-26 15:35:50.992
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian penjanaan perjalanan lalulintas Taman Pekaka di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang1 2020-10-26 15:35:50.992