Struktur binaan kerangka portal biasanya digunakan bagi membina bangunan yang
mempunyai panjang bukaan rentangnya yang besar. Kerangka portal ini biasa digunakan
dalam pembinaan kilang, gudang, dewan dan hangar pesawat. Kerangka portal amat sesuai
bagi bangunan-bangunan seperti ini kerana mempunyai ruang atas yang besar dan lapang.
Walaupun kos pembinaannya adalah tinggi, namun kerja-kerja pembinaan struktur ini
adalah lebih mudah. Bagi projek pembinaan dewan serbaguna mahkamah Kuala
Terengganu, kerangka portal menjadi pilihan sebagai struktur utamanya. Bukaan rentang
dewan ini adalah sepanjang 25.2m dengan ketinggian 16.1m dan panjang 41m. Selain
daripada beban mati dan beban hidup, beban angin turut dipertimbangankan dalam analisis
kerangka portal dewan ini. Pertimbangan beban angin adalah berdasarkan MS 1553 : 2002
dan BS 6399 : Part 2 : 1995. Pertimbangan ini penting kerana keadaan angin di Malaysia
adalah berbeza daripada negara-negara lain seperti di Eropah. Analisis kerangka portal
adalah dibantu dengan perisian komputer Structural Analysis (Aslam Kassimali, 1999)
bagi mendapatkan tindakbalas daya dan momen di penyokong. Dua kaedah digunakan
dalam merekabentuk kerangka portal dewan ini bagi mendapatkan saiz keratannya iaitu
secara manual dan dengan menggunakan perisian komputer S-Frame. Sementara itu,
rekabentuknya adalah menurut kod amalan BS 5950 : Part1 : 2000. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa saiz keratan yang diperolehi daripada pengiraan secara manual ialah
838 X 292 X 176 kg UB dan dengan menggunakan S-Frame pula ialah 914 X 419 X 343
kg UB.
_______________________________________________________________________________________________________
Generally, portal frame structures are used in the construction of a long span
building such as industrial building, warehouse, hall and hangar. Portal frame is suitable
for the buildings because its have large space at the top. Although it is relatively
expensive, but the portal frame is quite easy to construct. The hall of Kuala Terengganu
court has been chosen as a case study. The hall is 25.2m span with 16.1m height and 41m
long. The loads applied to the portal frame are dead load, live load and wind load. The
wind load are according to MS 1533 : 2002 and BS 6399 : Part 2 : 1995. The wind load
considerations are very important because wind pressure in Malaysia are different than
others countries in Europe. Analysis portal frame were carried out by computer software
called Structural Analysis (Aslam Kassimali, 1999) to get the reactions and the moments at
the supports. Two methods are used in the design of the portal frame to get the size of
sections. The methods are manually and S-Frame computer software. The structural steel
design were refer to BS 5950 : Part 1 : 2000. Result shows that the size of section from
manually calculation are 838 X 292 X 176 kg UB and S-Frame software is 914 X 419 X
343 kg UB.