Penggunaaan Algoritma Jelamaan Fourier Cepat (Fast Fourier Transform, FFT) dalam sesuatu penganalisaan bukanlah suatu perkara baru. Didalam Analisis Khas Litar Wye Tiga-Fasa Berbeban Tidak Seimbang ini, satu pakej perisian yang melibatkan penggunaan suburtin FFT secara langsung telah dihasilkan. Pakej perisian ini dihasilkan dengan menggunakan bahasa aturcara Turbo C Versi 2.0. Sebagai rujukan atau perbandingan kepada pakej perisian yang telah dijalankan untuk mengetahui setakat mana nilai-nilai teori (dari pakej perisian) ini menepati nilai-nilai praktikal. Bahagian eksperiman ini pula merangkumi Sistem Tiga -Fasa Tiga Wayar dan Sistem Tiga Fasa Empat Wayar. Eksperimen dilakukan dengan beban-beban yang tertentu dikenakan kepada fasa-fasa yang dikehendaki bertujuan meneliti dan menilai perubahan-perubahan terhadap arus dan voltan fasa.
Penggunaaan Algoritma Jelamaan Fourier Cepat (Fast Fourier Transform, FFT) dalam sesuatu penganalisaan; Analisis Khas Litar Wye Tiga-Fasa Berbeban Tidak Seimbang ini, satu pakej perisian yang melibatkan penggunaan suburtin FFT; Sistem Tiga -Fasa Tiga Wayar dan Sistem Tiga Fasa Empat Wayar