Projek ini memberi tumpuan kepada reka bentuk 0.18 µm CMOS penguat instrumentasi, yang akan diaplikasi dalam sistem ECG. Instrumentasi penguat memerlukan penggunaan kuasa yang amat rendah, supaya boleh berfungsi dengan bateri sahaja. Dalam system ini, sumber voltan sebanyak 1.8 V telah digunakan dan bekalan semasa sebanyak
236.2 µA telah diperolehi. Justeru itu, penggunaan kuasa sebanyak 0.4252 mW sahaja diperlukan untuk menjalankan fungsi system ini. Selain itu, CMRR yang tinggi telah dicapai untuk menghapuskan isyarat-isyarat yang diperlukan oleh penguat instrumentasi. CMRR sebanyak 75 dB diperolehi dalam reka bentuk ini. Semasa mengesan isyarat jantung, terdapat isyarat hingar yang tidak diperlukan mengacau sistem ECG. Teknik penstabilan pencincang telah digunakan bagi mengurangkan hingar “Flicker” ini. Teknik itu melibatkan proses memodulatkan hingar frekuensi rendah kepada frekuensi tinggi dan memulihkan kepada frekuensi rendah semula selepas penguatan, justeru menghapuskan hingar yang tidak diperlukan. Hingar sebanyak 18.81 dB sahaja didapati dalam sistem ini selepas 100
µV, 5 Hz sumber hingar dimasukkan. Hingar itu amat rendah berbanding dengan penguatan voltan pembezaan sebanyak 44 dB.
______________________________________________________________________________________
This project was focused on the design of a 0.18 µm CMOS instrumentation amplifier, which will be useful in the ECG system. The instrumentation amplifier requires low power consumption for battery-based and portable system application. In this system, a
1.8 V low voltage source has been used and 236.2 µA supply current is obtained. Hence, low power consumption approximately 0.4252 mW is achieved with this design. Besides, high CMRR is achieved on every instrumentation amplifier needs to reject the unwanted input signals for both electrodes. CMRR with a value of approximately 75 dB is obtained in this design. Since noise exists during the detection of the heart signal, the Chopper stabilization technique was used to reduce the flicker noise by modulating the low frequency noise to high frequency and demodulating the signal it after the amplification, while consequently diminishing the undesired noise. When there are a 100 µV, 5 Hz noise source inserted in the circuit, there are only 18.81 dB of noise amplification which is insignificant compared to overall differential voltage amplification with value of approximately 44 dB.