Pembangunan dan pembandaran yang pesat pada masakini telah meningkatkan
aktiviti perlombongan pasir sungai. Aktiviti ini mempunyai kesan yang besar terhadap
keratan rentas sungai dan morfologi. Oleh itu, pencerapan dan analisa pengangkutan
endapan sungai perlu dijalankan untuk mengkaji kestabilan sungai-sungai yang wujud di
Malaysia. Dalam tesis ini, penilaian pengangkutan endapan sungai dilakukan untuk
Sungai Kurau dan Sungai Kulim. Tesis ini membentangkan kajian mengenai lengkung
penarafan sedimen yang merangkumi perbandingan kajian semasa dengan data kajian
terdahulu dan penilaian persamaan Yang dan persamaan Engelund-Hansen. Tesis ini
juga mengandungi kajian mengenai keratan rentas sungai, kadar beban dasar, kadar
beban terampai dan jumlahan beban bahan dasar. Pengangkutan sedimen ialah
pergerakan zarah dalam mod yang berlainan di sepanjang arah aliran apabila ciri aliran
seperti halaju melampaui keadaan ambang. Untuk menjalankan penilaian ini, 18 sampel
dikumpulkan untuk Sungai Kurau dan 3 sampel dikumpulkan untuk Sungai Kulim.
Melalui analisis, didapati persamaan Yang dan Engelund-Hansen sesuai untuk meramal
pengangkutan endapan sungai untuk kedua-dua sungai. Walau bagaimanapun,
persamaan Yang lebih tepat untuk meramalkan pengangkutan endapan sungai untuk
kedua-dua sungai. Melalui kajian ini juga didapati bahawa Sungai Kurau masih dalam
keadaan stabil berbanding dengan kajian terdahulu (Mining DID 2009) berdasarkan
lengkung penarafan sedimen. Walau bagaimanapun, Sungai Kulim berada dalam
keadaan kurang stabil kerana terdapat sedikit perubahan berbanding dengan data sebelum
ini (Mining DID 2009 dan DID 1999).
_______________________________________________________________________________________________________
Recently, rapid development and urbanisation have contributed drastically
towards sand mining activities. These activities have a great impact on river cross section
and morphology. Therefore, it is necessary to carry out a sediment transport assessment
to test the stability of the current rivers. In this thesis, the sediment transport assessment
is carried out for Sungai Kurau and Sungai Kulim. This thesis presents a study on
sediment rating curve which includes a comparison of the present study with previous
study data and assessment of Yang equation and Engelund-Hansen equations. This thesis
also contains study on river cross section, bed load rate, suspended load rate and total
bed material load. Sediment transport is the movement of particles in different modes
along the flow direction when flow characteristics such as velocity exceeded the
threshold condition for the bed material in an alluvial channel. To carry out this
assessment, 18 samples are collected for Sungai Kurau and 3 samples are collected for
Sungai Kulim. Through the analysis, it is found that, Yang and Engelund-Hansen
equation is suitable to predict the sediment transport for both rivers. However, Yang
equation is more accurate to predict the sediment transport for both sites. It is also found
that Sungai Kurau is still in stable condition when compared with previous study (DID,
2009) based on a sediment rating curve. However, Sungai Kulim is slightly less stable
since there is slight significant changes when compared with previous data (DID, 2009
and DID, 1999).