Masalah Banjir kilat adalah merupakan salah satu kesan akibat proses urbanisasi yang
pesat di sesuatu kawasan tersebut. Dimana, ia mengakibatkan peningkatan kawasan tidak
telap air dan meningkatkan kadar luahan air semasa hujan lebat.Rangkaian sistem saliran
kaedah konvensional tidak lagi mampu untuk mengawal kesan urbanisasi ini. Oleh yang
demikian satu kaedah baru yang lebih mesra alam diperkenalkan oleh pihak Jabatan
Pengairan dan saliran untuk diimplementasikan dalam sektor pembangunan negara.
Manual Saliran Mesra Alam digunakan bagi menganalisa dan merekabentuk rangkaian
sistem saliran yang lebih baik dan dapat mengawal kuantiti kadaralir dan kualiti air larian
sesuatu kawasan tadahan. Justeru itu, kajian masalah banjir di Sungai Senam akan
menggunakan manual ini untuk menilai dan mencari punca masalah banjir kilat
dibeberapa kawasan yang telah dikenal pasti. Disamping itu, beberapa langkah
pencegahan akan disyorkan bagi menangani masalah banjir kilat ini. Data-data yang
diperolehi seperti aras dasar, aras banjir, aras tanah dan saiz sediada sistem saliran adalah
berdasarkan kerja-kerja ukur yang telah dijalankan di tapak. Analisa hidraulik yang
dilakukan adalah berpandukan persamaan-persamaan manning’s, jadual dan graf didalam
Manual saliran Mesra Alam. Keputusan yang diperolehi akan dinilai dan dianalisa bagi
tujuan kajian selanjutnya.
_______________________________________________________________________________________________________
Drastic urbanization can caused flash flood in certain area. It could increased the
imperviouse area and the runoff during the heavy rain. The existing conventional drainage
system could not longer coped with the drastic urbanization. So, a new urban stormwater
management manual has been introduce by Department of Irigation and Drainage to be
implemented in the country;s development sector. It has ben used to analysed and
designed an effective drainage system which would control the waterflow quantity and
water quality within the catchment area. Futher more, studies have been done in Sungai
Senam drainage system and afw other areas in Ipoh truck with flash floods will be
implement this urban strormwater management manual in order to evaluate and find the
cause of these flash flood problem. Few prevention are rcommended in order to overcome
the flash flood. Data obtained such as invert level, flood level, ground level and existing
size of drainage system are based on survey work which have been done at field.
Hydraulic analysis for sungai senam catchment done are based on the manning;s equation,
graft and table in this manual and it’s results obtained will be analysed and evaluated for
next study purposes.