Komunikasi masa nyata ialah sejenis komunikasi yang berlaku dengan kependaman
minimum atau tanpa sebarang kelambatan. Ia dapat dikategori kepada dua jenis: komunikasi
masa nyata lembut dan komunikasi masa nyata keras. Komunikasi masa nyata penting dalam
sesetengah aplikasi yang memerlukan maklumat untuk disampaikan dari sumber ke destinasi
dalam masa yang ditentukan. Satu Ethernet yang standard menggunakan CSMA/CD protocol
dalam Kawalan Akses Media-nya untuk mengawal transmisi maklumat antara stesen yang
berkongsi satu saluran yang sama. Kawalan Akses Media juga mngandungi algorithma
backoff yang berfungsi untuk menjadualkan transmisi bagi paket yang sama apabila
berlakunya perlanggaran. Dalam projek ini, satu model untuk rangkaian Ethernet akan direka
dan dibina untuk menjalankan simulasi. Algorithma backoff yang berbeza seperti BEB,
Linear, PLEB dan FEB akan direalisasikan ke dalam model tersebut untuk menganalisiskan
prestasi mereka. Prestasi tersebut akan bertumpu pada kriteria seperti kelambatan dan
bilangan perlanggaran kerana kriteria-kriteria ini penting dalam pengukuran kominikasi
masa nyata. Antara perisian yang dilakukan untuk menjalankan simulasi ialah Matlab,
Simulink dan Stateflow. Keputusan menunjukkan bahawa jenis algorithma backoff yang
digunakan membawa kesan yang besar kepada prestasi rangkaian dari segi kelambatan.
_______________________________________________________________________________________________________
Real-time communication (RTC) is a type of transmission that occur with minimum latency
or delay. It can be categorized into two types: soft RTC and hard RTC. RTC is important in
certain applications that required the data to be delivered from source to destination within a
specific period of time. Meanwhile, a standard Ethernet implements carrier sense multiple
access with collision detection (CSMA/CD) as the media access control (MAC) protocol to
govern and control the data transmission between stations in a shared medium. The MAC
protocol also contains the backoff algorithm that responsible for rescheduling the
transmission of a packet after a collision happens. In this project, an embedded Ethernet
network model with different number of nodes and a shared channel is designed and
constructed. Different backoff algorithms such as Binary Exponential Backoff (BEB), Linear,
Pessimistic Linear Exponential Backoff (PLEB) and Fibonacci Backoff (FEB) are applied to
the network model to study and analyze their performances. The performance criteria such
as delay of each packet and the number of packets delivered are evaluated. Matlab, Simulink
and Stateflow are used as the main software for simulation. The final results showed that the
types of backoff algorithms used have an enormous effect on the network performance in
term of delay.