(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Experimental investigation of pedestrian flow through a corridor with corner

Experimental investigation of pedestrian flow through a corridor with corner / Saidatul Husna Mohamed Adenan
Kelajuan pejalan kaki dipengaruhi oleh banyak faktor seperti ketumpatan pejalan kaki, kemudahan koridor dan sebagainya. Oleh kerana kelajuan pejalan kaki mempunyai pelbagai keperluan dan kebolehan, beberapa pendekatan untuk menentukan dinamik pejalan kaki telah dilakukan. Federal Highway Administration (FHWA) Manual on Uniform Traffic Control Devices for Streets and Highways dan Highway Capacity Manual 2000 menetapkan bahawa kelajuan untuk pejalan kaki adalah 1.2 m/s dengan sifar pejalan kaki warga tua yang terlibat. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengkaji dinamik pejalan kaki termasuk pemodelan dan simulasi. Walau bagaimanapun, setakat ini tidak banyak perhatian diberikan untuk mengkaji dinamik pejalan kaki dari segi pengukuran empirikal. Selain itu, kajian tentang had laju pejalan kaki di koridor yang bersudut adalah agak jarang. Oleh itu, kajian ini dijalankan berdasarkan dua objektif utama iaitu untuk menentukan kelajuan pejalan kaki secara empirikal bagi aliran bebas satu arah di koridor yang bersudut dan juga untuk menentukan kelajuan pejalan kaki dari segi jantina. Dalam kajian ini, kita mengkaji perkembangan terkini dalam dinamik pejalan kaki yang berlaku dalam pelaksanaan eksperimen di bawah keadaan makmal dengan penglibatan 60 pejalan kaki dan pengekstrakan trajektori melalui analisis video yang dilakukan pada kemudahan koridor yang bersudut, iaitu sudut 60°, sudut 90° dan sudut 135°. Koridor yang lurus dengan sudut 180° digunakan sebagai rujukan asas dalam eksperimen ini. Data akan dianalisis untuk setiap pecahan kerja yang diberikan di mana lebar koridor dan jumlah pejalan kaki yang berbeza digunakan bagi setiap sudut. Mengejutkan, hasil dapatan menunjukkan bahawa purata kelajuan pejalan kaki bagi lelaki adalah lebih rendah daripada purata kelajuan pejalan kaki perempuan dan digunakan pada hampir kesemua pecahan kerja. Diantara tiga sudut yang digunakan, kemudahan koridor dengan sudut 135° menunjukkan purata kelajuan pejalan kaki berjalan adalah malar walaupun bilangan pejalan kaki meningkat. Untuk menentukan objektif kedua dalam kajian ini, graf kekerapan kumulatif dilukis untuk menentukan persentil peratusan kelajuan pejalan kaki ke-15 dan ke-50 bagi kedua-dua jantina iaitu perempuan dan lelaki merujuk kepada parameter yang terlibat. Dapatan daripada kajian ini adalah penting terutama bagi mereka bentuk struktur terutama koridor pejalan kaki selain bermanfaat untuk merangka pelan tindakan kecemasan. _______________________________________________________________________________________________________ Walking speed of pedestrians is governed by many influencing factors such as density of pedestrian, corridor facilities and so on. Since pedestrian have wide range of needs and abilities, several approaches for determining pedestrian dynamics have been done. Federal Highway Administration (FHWA) Manual on Uniform Traffic Control Devices for Streets and Highways and Highway Capacity Manual 2000 includes a walking speed of 1.2 m/s with zero elderly pedestrian involved. Many research studies have been done in investigating the pedestrian dynamics which includes modelling and simulating. However, so far not much attention has been paid to their qualitative measurements. Besides, the study of pedestrian walking speed on corridor with corner is relatively rare. Therefore, this study is carried out under two main objectives which are to determine empirically walking speed of pedestrian for unidirectional free flows at corridor with corner and also to quantify the walking speed of pedestrian by gender. In this paper, we review the recent developments in pedestrian dynamics, by the implementation of experiments under laboratory conditions with up to 60 pedestrians and extraction of trajectories by video analysis in complex facilities of corridor with corner, e.g. 60° corner, 90° corner and 135° corner. A straight corridor with 180° is used as a baseline in this experiment. The data is analysed for each task given in which different number of pedestrians and width of corridor are used for each corner. Surprisingly, the result shows that average walking speed of male is lower than average walking speed of female and applied at almost all tasks. Within three different corners, 135° corner facility shows a constant average walking speed of pedestrian even though the numbers of pedestrians are increased. To quantify the second objective in this study, the cumulative frequency graph of corridor walkway was plotted to determine 15th percentile and 50th percentile of walking speed both for female and male pedestrians relative to parameters involved. The results are of particular importance for designing the structure especially at walking corridor and also beneficial for the design of an emergency response plan.
Contributor(s):
Saidatul Husna Mohamed Adenan - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875006799
Barcode : 00003106676
Language:
English
Subject Keywords:
pedestrians; walking speed; corridor walkway
First presented to the public:
6/1/2017
Original Publication Date:
3/21/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 95
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-03-21 16:43:31.8
Date Last Updated
2020-05-27 09:29:14.912
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Experimental investigation of pedestrian flow through a corridor with corner1 2018-03-21 16:43:31.8