Pewarna sintetik digunakan secara meluas dalam pelbagai industri yang mengakibatkan pencemaran air. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan karbon teraktif (AC) daripada Pentace triptera (PS), Intsia bijuga (IS) dan Hevea brasiliensis (HS) untuk penjerapan pewarna metilena biru (MB) dan remazol ungu berkilau 5R (RBV) melalui pengaktifan gelombang mikro-terinduksi kalium hidroksida (KOH) bersama dengan gasifikasi karbon dioksida (CO2). Keadaan penyediaan optimum untuk semua AC ditentukan menggunakan kaedah permukaan respon (RSM). ISAC telah menunjukkan luas permukaan Bruneaur-Emmet-Teller (BET) dan jumlah jisim liang yang tinggi iaitu 952.23 m2/g dan 0.584 cm3/g, masing-masing berbanding PSAC dan HSAC. Semua penjerap berpadanan dengan model isoterma Langmuir dengan ISAC telah menunjukkan kapasiti penjerapan monolayer maksimum (Qm) tertinggi sebanyak 434.78 dan 212.77 mg/g, masing-masing untuk pewarna MB dan RBV pada 30ºC. Kajian kinetik menunjukkan bahawa semua sistem mengikuti model pseudo-tertib kedua dengan resapan filem adalah langkah pengehad yang mengawal penjerapan. Kajian termodinamik mengesahkan bahawa semua sistem bersifat endotermik. Untuk kajian turus, korelasi data terobosan yang lebih baik ditunjukkan oleh model Thomas dan Yoon-Nelson. Semua AC mempunyai prestasi kebolehgunaan yang baik untuk penjerapan MB dan RBV terutamanya sehingga tiga kitaran menggunakan etanol sebagai pelarut. __________________________________________________________________________
Synthetic dyes are widely applied in various industries which has resulted in the water pollution. Therefore, this study aims to synthesis activated carbon (AC) from Pentace triptera (PS), Intsia bijuga (IS) and Hevea brasiliensis (HS) for methylene blue (MB) and remazol brilliant violet 5R (RBV) dye adsorption via microwave-induced potassium hydroxide (KOH) activation adopted together with carbon dioxide (CO2) gasification. Optimum preparation conditions for all ACs prepared were determined using response surface methodology (RSM). ISAC showed high Bruneaur-Emmet-Teller (BET) surface area and total pore volume of 952.23 m2/g and 0.584 cm3/g, respectively compared to PSAC and HSAC. All adsorbents best fitted to the Langmuir isotherm model with ISAC showed higher maximum monolayer adsorption capacity (Qm) of 434.78 and 212.77 mg/g, respectively for MB and RBV dye at 30ºC. Kinetic studies showed that all system followed a pseudo-second order model with film diffusion was the rate-limiting step controlling adsorption. Thermodynamic studies confirmed that all systems were endothermic in nature. For the column studies, the better correlation of breakthrough data shown by Thomas and Yoon-Nelson model. The ACs had good reusability performance for MB and RBV adsorption especially up to three cycle using ethanol as solvent.