Di dalam menyelesaikan projek berkaitan dengan rekabentuk litar pencampur aktif dan pasif ini, masalah yang paling utama ialah untuk mendapatkan gandaan penukaran bagi litar pencampur aktif berbanding kehilangan penukaran bagi litar pencampur pasif. Dari segi kelinearan pula litar pencampur aktif adalah pencampur yang tidak linear berbanding litar pencampur pasif yang lebih linear. Selain itu, litar pencampur aktif pula mempunyai sisihan yang lebih tinggi berbanding pasif. Cara-cara projek ini dibuat adalah dengan mengaplikasikan litar daripada simulasi Hp-ads (Hp-Advanced design system) ke dalam litar menggunakan papan bercetak yang bersesuaian dan dianalisa kedua-dua rekabentuk. Keputusan daripada keuntungan penukaran, isu lineariti dan sisihan antara masukan dan keluaran hendaklah dibandingkan melalui kedua-duanya dan dengan teori yang sebenar bagi sesuatu topologi untuk litar pencampur aktif dan litar pencampur pasif. Sebagai tambahan, masalah-masalah yang timbul daripada analisa litar juga dikaji dan ketidaktepatan keputusan yang didapati daripada rekabentuk juga akan dibincangkan. Rekabentuk litar akan dibina menggunakan operasi penukaran frekuensi Litar-litar ini di rekabentuk menggunakan perkakasan dan elemen-elemen yang kos efektif dan mengikut kesesuaian penggunaan praktikal. Maka dapat dikatakan bahawa rekabentuk litar pencampur dan analisa litar dibuat tanpa begitu banyak kerumitan. Oleh itu diharapkan rekabentuk pencampur aktif dan pasif ini dapat diteruskan dan ditingkatkan dalam pelbagai aplikasi di masa akan datang.
_________________________________________________________________________________________
To accomplish the project for in designing an active mixer and passive mixer, the main problem is to obtain the conversion gain for the active mixer design compared to passive mixer design. From the linearity issue, active mixer design is nonlinear compared to passive mixer design that is more linear. Besides that, the active mixer has better isolation compared to the passive mixer. This project will be created by applying the circuit design into simulation from HP-ADS (Advanced design system) to the circuit board that is appropriate and and analyzation will be made for both designs. The results at the conversion gain, linearity issue, and port-to-port isolation will be compared for both of the design and will be discussed according to the theory. Additionally, all problem that may occur from the design and analyzation will be considered and the inaccurate result from measurement will be discussed. The mixer will be designed in down conversion system. This circuit is designed by using the hardwares and the surface mount chip elements that are in effective cost and applicable with the practical usage. Therefore, the design of mixer and the analyzation can be make without any intricacy. Hopefully the design of the active mixer and passive mixer using FET transistor can be continued and improved for the usage in variety of application in the future.