(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Three-dimensional volume visualization

Three-dimensional volume visualization / Lim Han Ying
Kemajuan teknologi dalam pengutipan data telah menyebabkan saiz data isipadu berkembang pesat dan memberi tekanan kepada bidang pengambaran isipadu untuk mewujudkan penjana isipadu berkelajuan tinggi. Sejak beberapa tahun ini, banyak pendekatan dan algoritma pengoptimuman telah diwujudkan untuk memenuhi permintaan ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan algoritma yang dicadangkan menghadapi masalah untuk mengimbangi antara pengoptimuman prestasi dan pengoptimuman kualiti. Kebanyakan algoritma pengoptimuman yang sedia ada mengurangkan jumlah data berisipadu yang akan diproses, sebelum atau semasa lepaan, untuk mengurangkan beban pengiraan. Algoritma ini mendapat peningkatan dalam kelajuan pengiraan dengan mengorbankan kualiti imej. Oleh itu, terdapat desakan yang kuat untuk mewujudkan algoritma pengoptimuman yang dapat meningkatkan prestasi tanpa mengorbankan kualiti imej. Tujuan projek ini adalah untuk meningkatkan kelajuan pengiraan isipadu teknik pengambaran 3 D, dan mewujudkan pengambaran interaktif kepada data isipadu dari semua sudut penglihatan. Metodologi yang dicadangkan untuk mencapai matlamat tersebut adalah untuk mewujudkan satu algoritma selari dengan menggunakan OpenMP. Perbezaan metodologi yang dicadangkan dengan algoritma pengoptimuman yang sedia ada, ialah tiada pengorbanan data isipadu untuk mengurangkan masa pengiraan. Algoritma selari mencapai peningkatan kelajuan pengiraan melalui pengagihan beban pengiraan kepada beberapa thread yang berfungsi secara selari. Prestasi algoritma selari disiasat dengan membandingkan prestasi pengiraan algoritma pengambaran isipadu secara siri. Projek ini juga bertujuan untuk menyiasat keupayaan maksimum peningkatan kelajuan yang boleh dicapai oleh algoritma selari dengan mengubah bilangan prosessor thread. Selain itu, kelemahan lain algoritma yang sedia ada ialah algoritma yang sedia ada sangat bergantung kepada ciri ciri dan struktur data isipadu untuk mencapai prestasi yang optimum. Prestasi berbeza apabila ciri-ciri data isipadu berbeza. Eksperimen telah dijalankan untuk mengukur prestasi penamatan awal sinar untuk dibandingkan dengan prestasi algoritma OpenMP. Projek ini juga bertujuan untuk memperkenalkan interaktiviti ke dalam pengambaran isipadu 3-D melalui putaran isipadu. Dalam projek ini, algoritma penjana isipadu digabungkan dengan putaran isipadu untuk menjana interaktviti dalam pengambaran isipadu 3-D. Dua kaedah pelaksanaan putaran isipadu iaitu, pemetaan ke-hadapan dan pemetaan terbalik disiasat, dan hasilnya telah dinilai berdasarkan pemeriksaan visual. Keputusan eksperimen menunjukkan bahawa, algoritma selari OpenMP mempunyai prestasi lebih baik berbanding dengan pelaksanaan siri algoritma pengambaran isipadu. Projek ini juga membuktikan bahawa prestasi algoritma OpenMP selari tidak terjejas apabila data isipadu bersifat lutsinar. Penemuan projek ini menggambarkan bahawa ciri-ciri data isipadu tidak akan menjejaskan prestasi algoritma OpenMP, kerana operasi ini tidak bergantung kepada struktur dan ciri-ciri data isipadu. _______________________________________________________________________________________________________ Rapid growing size of volumetric data resulted from advancement of data-acquisition technology had placed mounting pressure in the volume visualization field to develop a high-speed volume renderer. Over the years, tremendous approaches and optimization algorithms were developed to cater for the demands. However, much of the algorithms proposed strived hard to balance between the performance optimization and quality optimization. Most of the existing optimization algorithms reduced the amount of volumetric data to be processed, before or during the rendering, to reduce the computation cost. These algorithms gain enhancement in computational speed at the expense of losing fidelity of the image. Therefore, there is strong urge for an optimization algorithm which enhanced the performance without sacrificing the quality. The aim of this project is to enhance the computational speed of the 3-D volume visualization technique, and to give interactive visualization of a rendered volume from all viewing angles. The methodology proposed to achieve the goal is to implement parallel processing onto volume visualization algorithm using OpenMP. Unlike the other existing optimization algorithms, this method does not discard any of the volume data to achieve the reduction in computation time. The parallelized algorithm achieves speed up through distributing the computation load on simultaneously executing threads. The performance of parallel processing was investigated by comparing to the performance of serial executed volume visualization algorithm. The project also seeks for the maximum capability of speed up achieved by parallelized algorithm through manipulating the number of threads. Another limitation of the existing algorithms is that, these algorithms highly dependent on the characteristic and structure of the volume data to achieve optimum performance. The performance varies across different set of volume data. To justify this, experiments had been carried out to compare the performance of early ray termination and OpenMP algorithm. This project also aimed to introduce interactivity into 3-D volume visualization via volume rotation. In this project, volume rotation algorithm was incorporated with the volume rendering techniques to enable the interactive view of the 3-D volume visualization. Forward mapping and reverse mapping implementation methods were investigated, and the result were evaluated based on the visual inspection. The experimental results revealed that the OpenMP parallel algorithm has superior performance over serial execution of volume visualization algorithm. Also, this project proved that parallel OpenMP algorithm’s performance does not degrade when the volume data set is highly transparent. This experimental finding reflects that the volume data characteristic have no effect on the performance of the OpenMP algorithms, as the operation is independent on the volume data structure and characteristic.
Contributor(s):
Lim Han Ying - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Barcode : 00003096398
Accession Number : 875004778
Language:
English
Subject Keywords:
algorithms; 3-D volume; OpenMP
First presented to the public:
6/1/2012
Original Publication Date:
3/12/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 105
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-03-12 14:39:49.194
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Three-dimensional volume visualization1 2018-03-12 14:39:49.194