Kajian ini memberi tumpuan kepada kemudahan pejalan kaki yang disediakan di kawasan kajian iaitu Sk Saujana Indah, Nibong Tebal , Pulau Pinang. Soal selidik kajian telah diedarkan untuk menyiasat persepsi individu terhadap kemudahan pejalan kaki dan kualiti udara. Reka bentuk dan keadaan laluan pejalan kaki dianggap kurang memuaskan oleh 70.1 % daripada responden. Lebih daripada 50% responden menganggap udara berada dalam keadaan kurang menyenangkan. Daripada kajian sebelumnya, didapati bahawa kualiti udara memberi kesan kepada manusia terutamanya kanak-kanak dan warga tua. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji salah satu daripada parameter pencemar udara iaitu PM10 bertumpuan di sekitar kawasan sekolah. Alat e- sampler telah digunakan untuk merekodkan sampel dalam tempoh tiga minggu. Sampel telah dikumpulkan secara berterusan selama 24 jam. Semua data dianalisis dengan menggunakan pendekatan statistik dengan bantuan Microsoft Excel dan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Kajian ini juga tertumpu kepada membandingkan kepekatan pada hari biasa dan hujung minggu. Ia telah mendapati bahawa kepekatan PM10 tertinggi diperolehi ialah pada minggu pertama dengan 361µg/m3 manakala 344 µg/m3 pada hujung minggu. Kedua- dua nilai adalah melebihi nilai yang dibenarkan Standard Kualiti Udara Malaysia iaitu 150 µg/m3 untuk purata masa 24 jam.
_______________________________________________________________________________________________________
This research focuses on the pedestrian facilities that were provided in the study area of SK Saujana Indah, Nibong Tebal, Penang. A survey questionnaire was distributed to investigate the perception of individual towards pedestrian facilities and air quality. The design and condition of sidewalk was considered to be poor by 70.1% of the respondents. More than 50% respondents consider air to be in poor condition. From previous studies it was found that air quality affect human particularly children and elderly. Moreover, this research is also intended to investigate one of air pollutant parameter which is particulate matter PM10 concentration at the surrounding of school area. The particulate monitor e-sampler was used to record the samples for three weeks period. Samples were collected continuously for 24 hours. All the data were analysed using statistical approach with aid of Microsoft Excel and Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS). This study also concentrated on comparing concentration PM10 during weekdays and weekend. It was found that the highest concentration of PM10 obtained was in the weekday of first week with 361 µg/m3 meanwhile at 344 µg/m3 at the weekend. Both values are more than the permitted value stated in Recommended Malaysian Air Quality Standard which is 150 µg/m3 for averaging time 24 hours.