Model untuk mengkaji kesan ketebalan membran dan nisbah kadar aliran pada ketulenan dan pemulihan CH4/CO2 telah dibentangkan di dalam tesis ini. Simulasi dijalankan untuk mengkaji kesan ketebalan membran dan nisbah kadar aliran pada ketulenan dan pemulihan CH4/CO2 dengan menggunakan model pencampuran lengkap. Dalam kajian ini, model pencampuran lengkap memberikan hasil yang lebih baik daripada model-model yang digunakan dalam kerja yang lepas. Model pencampuran lengkap memberikan ralat 0.07% ketulenan CH4 dan 0.52% ralat untuk pemulihan di bahagian penolakan dan pada bahagian resapan ia memberikan masing-masing 7.72% dan 2.61% ralat ketulenan CO2 dan pemulihan CO2. Nilai optimum untuk ketulenan dan pemulihan CH4 pada bahagian penolakan daripada simulasi ini adalah masing-masing 99.87% dan 99.49%, pada ketebalan membran 0.24sm dan nisbah kadar aliran pada 0.30. Nilai optimum ketulenan dan pemulihan CO2 di bahagian resapan adalah masing-masing pada 61.13% dan 43.26%, pada ketebalan membran 0.05sm dan nisbah kadar aliran pada 0.2875.
_______________________________________________________________________________________________________
Modeling to study the effects of membrane thickness and stage cut on purity and recovery of CH4/CO2 has been presented in this thesis. The simulation was conducted to study the effect of membrane thickness and stage cut on purity and recovery of CH4/CO2 using a complete mixing model. In the study, the complete mixing model gives a better result than models used in the past work. The complete mixing model gives 0.07% error of CH4 purity and 0.52% CH4 recovery error at the retentate while at the permeate it gives 7.72% and 2.61% error of CO2 purity and recovery, respectively. The optimized CH4 purity and recovery at the retentate from this simulation are 99.87% and 99.49%, respectively at membrane thickness of 0.24cm and stage cut of 0.30. The optimum CO2 purity and recovery at the permeate side are 61.13% and 43.26%, respectively at membrane thickness of 0.05cm and stage cut of 0.2875.