(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Penggunaan proses penentuan air larian dalam manual saliran mesra alam (msma)

Penggunaan proses penentuan air larian dalam manual saliran mesra alam (msma) / Nur Amalina Abdul Aziz
Kajian yang telah dijalankan ini bertujuan untuk merekabentuk suatu proses rawatan air larian ribut ke atas konsep Tatacara Pengurusan Terbaik (Best Management Practices, BMP) dengan bantuan penggunaan Teknologi Perhubungan dan Maklumat (ICT). Penemuan dua kaedah yang berbeza ini iaitu penggunaan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dan ICT berupaya menghasilkan suatu kaedah yang berkesan untuk menghasilkan kualiti air larian yang hampir sama dengan air larian yang belum tercemar. Kajian yang dijalankan ini dihadkan kepada kawasan yang kurang daripada 80 hektar iaitu meliputi kawasan di tapak (on-site) dan kawasan komuniti (community) sahaja. Proses dan kaedah rawatan yang digunakan dalam kajian ini menitik beratkan hal-hal keselamatan dan masalah pencemaran yang berlaku. Pada masa kini, penilaian dari segi kualiti air larian lebih ditekankan jika dibandingkan dengan kuantitinya yang bakal diketengahkan oleh pihak berkuasa menjelang tahun 2005 (Abustan I, 2001). Oleh itu, kualiti air larian lebih diutamakan dalam setiap kaedah rawatan proses penyingkiran ini. Tiga menu utama yang bakal diketengahkan dalam kajian ini merupakan gabungan proses yang berupaya mencapai matlamat penyingkiran bahan cemar yang maksimum dan efisien. _______________________________________________________________________________________________________ This research was done with the aim to design a stormwater runoff treatment process with the aid of Information and Communication Technology (ICT) application. The review is to study the Best Management Practices (BMP) system for stormwater management. The two different method, which are the application of the Urban Stormwater Management Manual for Malaysia (MSMA) and ICT are capable of inventing an effective method to produce runoff water with the quality almost the same as with unpolluted runoff. The research was conducted limited only to areas with less than 80 acres which covers on-site areas and community areas. The process and treatment method applied in this research emphasize on safety issue and pollution problems that usually occurs. Recently, evaluation in terms of runoff water quality are more emphasized compared to the quantity which are to be brought out by the authority in 2005 (Abustan. I, 2001). Hence, the runoff water quality are more emphasized in every removal method. The three main menus which will be presented in this research is a recombined process capable of achieving the objective to remove the pollutants effectively and with a maximum result.
Contributor(s):
Nur Amalina Abdul Aziz - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875000239
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
stormwater; runoff; treatment
First presented to the public:
1/1/2002
Original Publication Date:
10/26/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 98
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-10-26 15:29:22.927
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Penggunaan proses penentuan air larian dalam manual saliran mesra alam (msma)1 2020-10-26 15:29:22.927