Pada masa kini, kolam tahanan digunakan dengan meluas untuk membantu dalam
mengawal masalah banjir kerana sumbangan kapasitinya untuk menyimpan air
larian permukaan tambahan yang disebabkan oleh pembangunan. Tatacara untuk
membuat anggaran dan penghalaan hidrograf rekabentuk telah disediakan dalam
Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA). Walaubagaimanapun, kompleksiti
pengiraan dan bilangan hidrograf yang perlu dianggarkan dan dihalakan melalui
basin membuatkan pengiraan secara manual adalah sukar dan memakan masa yang
lama. Oleh yang demikian, kajian dijalankan untuk membangunkan suatu
permodelan berkomputer menggunakan Visual Basic 6.0 untuk memudah dan
mempercepatkan proses rekabentuk. Bagi tujuan membangunkan suatu permodelan
berkomputer, kolam tahanan di kawasan tadahan Sungai Air Salak dianalisis dan
direkabentuk. Kajian ini memberi tumpuan kepada kolam tahanan jenis serantau di
mana ia mampu memberikan kapasiti penyimpanan yang memuaskan bagi kawasan
tadahan yang lebih daripada 80 hektar. Dalam rekabentuk kolam tahanan jenis
serantau, kaedah Luas - Masa digunakan untuk mendapatkan hidrograf aliran masuk
bagi pra-pembangunan dan pasca-pembangunan. Manakala kaedah indikasi storan
diaplikasikan untuk mendapatkan saiz kolam serta struktur alur keluar. Melalui
kajian dan proses rekabentuk yang dijalankan, suatu permodelan berkomputer yang
mudah digunakan serta mesra pengguna telah dihasilkan. Tambahan pula, ianya
mampu menghasilkan suatu rekabentuk kolam tahanan yang efektif tanpa perlu
merujuk kepada MSMA serta merekabentuk secara manual.
_______________________________________________________________________________________________________
Nowadays, detention ponds are widely used in controlling flood due to its capacity
in storing the additional surface runoff generated from development. The procedures
for the estimation and routing of design hydrographs are presented in the Urban
Stormwater Management Manual for Malaysia (MSMA). However, the complexity
of the calculations and the number of hydrographs that need to be estimated and
routed through the basin makes manual calculation methods very wearisome and
time consuming. Thus, this study was carried out to develop a computerised
modelling using Visual Basic 6.0 to ease and speed up the design process. In order
to develop a computerised modelling of a detention pond, the catchment’s area of
the Sungai Air Salak was analysed. The study focused on the use of a regional
detention pond which can provide satisfactory storage on catchments of more than
80 hectares. In regional detention pond design, Time-Area Method was used to
obtain the inflow hydrograph for pre-development and post-development whereas
Storage Indication Method was applied to design the pond size as well as the outlet
structures. From the study and design that were carried out, a simple and user
friendly computer modelling was developed. This system is easy to use and is able
to provide an effective detention pond design without having to go through MSMA
and design it manually.